ZingTruyen.Xyz

Angin Cinta

Bab 9

karyaseni2u

KK duduk sendiri di lobi Menara Alam. Dia sebal kerana Irika menolaknya lagi walaupun dengan cara halus.

Gadis itu licik sekali. Belum apa-apa dia sudah tahu KK itu memang tidak gemar kalau pergi ke tempat-tempat yang biasa macam gerai tepi jalan mahupun pasar malam.

Rosaklah statusnya sebagai usahawan yang berjaya lagi terkenal kalau orang lihat dia makan di tepi jalan sebegitu.

Tak pasal-pasal kliennya yang berderet cabut lari.

"Sharon. I ni." KK bersuara saat panggilan telefonnya itu bersambut.

"Yes, boss?"

"I masuk ofis lambat sikit, okey. Anything just call me, okay?"

"Okey, bos." Sharon menjawab.

"But bos..." Sharon tiba-tiba bersuara kembali sebelum KK sempat mematikan talian itu.

"Yes."

"You pergi mana tu? Ada hal penting ke? If klien tanya, I nak jawab apa?"

"I ada dekat Menara Alam ni."

"Again?"

"Yes. Again, bincang projek dengan Johan. Nanti I balik."

"Bincang projek ke nak mengurat awek tu, bos?"

Sharon sudah ketawa di hujung talian.

"Sharon..." KK bernada tegas.

"Oppps! Sorry, bos! All the best! Jangan lupa masuk ofis pula."

"Yeah, I know. Dah sambung kerja you."

"Okey, bos!"

KK mematikan talian sebelum matanya tertancap ke arah kelibat seseorang. Irika sedang berjalan sendirian di lobi itu.

KK memanjangkan lehernya cuba mencari mamat lembut yang ada dengan Irika di pejabat tadi. Tak ada pula bayangnya.

"Awak seorang saja ke?"

Persoalan KK yang tiba-tiba berdiri tegak di hadapannya itu membuatkan Irika sedikit terperanjat. Tidak menyangka yang KK masih berada di situ.

"Errr... Haah."

"Kata tadi nak keluar rehat dengan kawan awak tu?"

"Oh... Yang tu, ya?" Irika pucat. Dia mencari-cari alasan yang sesuai.

"Dia sakit perut. Dia suruh saya pergi dulu."

"Oh... Sakit perut, ya?" KK mengangguk-anggukkan kepalanya, seolah-olah dapat membaca tipu helah Irika kali ini.

"Kalau macam tu, biar saya sajalah temankan awak." KK tersengih.

"Eh... Tak boleh, Encik KK. Gerai tu tepi jalan aje, tak sesuai dengan Encik KK."

"Tak apa. Saya boleh aje." KK mahu menduga Irika. Wajah Irika semakin pucat.

"Tak boleh! Encik KK tak boleh ikut saya!"

Irika sedikit menjerit. Ada mata-mata yang memerhatikan mereka berdua, pelik dengan situasi itu.

"Why?" KK masih tidak puas hati.

"Sebab..."

KK memandang Irika, menanti jawapan dengan tidak sabar.

"Saya tak suka! Saya tak suka encik! Tolong jangan kacau saya lagi!"

Irika meluahkan segala isi hatinya tanpa berselindung lagi membuatkan KK tergamam, tidak menyangka gadis itu tega menolak dia secara terang-terangan begitu.

Irika tidak mempedulikan KK yang masih tersentak dan terus berjalan pantas keluar dari bangunan itu.

Irika risau kalau-kalau KK mengekorinya lagi.

"MACAM mana, bos? Berjaya?" Sharon tersengih-sengih saat masuk ke bilik pejabat KK petang itu. KK yang tidak ada mood, terus mendengus kasar.

"You jangan perli I boleh tak? Serabut tau I ni."

"Lorrr.... Kenapa, meh?" Sharon mengerutkan dahinya.

KK menghela nafasnya sebelum memandang ke arah Sharon semula.

"Seumur hidup I kan, tak pernah lagi tau I kena reject. Tapi perempuan ni, keras hati betul. Tak termakan godaan langsung!"

"You salah teknik kut bos."

"Salah teknik apanya. I buat macam biasalah."

"Maybe kali ni perempuan yang you nak tu, lain sikit. Bukan jenis mudah cair. You kenalah usaha keras lebih sikit. Baru perempuan tu boleh lembut hati."

"Usaha lagi?"

"Ya, lorrr. Ambil tahu apa favourite dia, bagi hadiah. Anything that a romantic young gentleman could do."

KK terdiam mendengar kata-kata Sharon dengan khusyuk.

"Guna cara lembut, slow and steady. Jangan terkam terus. Maybe this girl jenis tak suka yang agresif. Lain perempuan lain caranya, bos."

"Hesy! Complicated betullah perempuan ni!"

"That is whylah kami ni spesial."

Sharon tersenyum sampai ke telinga.

"Okey, fine." KK menjulingkan matanya ke atas.

Sharon ketawa melihat wajah KK yang toya.

"Be patient, bos. Lama-lama mesti that girl terpikat punya, janji you jangan putus asa saja."

"Thanks, Sharon. I nak undur diri sekarang pun hati I dah terjatuh dalam sangat dah ni. So, I have to go on la, kan."

"Yes! That is the spirit, boss!"

"Dahlah. Tak payah cakap pasal tu lagi. Anything important yang I perlu tahu?"

KK kembali serius, mahu fokus kepada kerjanya semula. Mahu melupakan soal Irika buat sementara waktu.

Dia tidak mahu konsentrasinya pada kerja terganggu kerana seorang gadis. Ini KKlah, takkan sebab perempuan sampai lupa kerja? No way!


Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz