Bab 8
KK tidak lepas memandang Irika sebaik gadis itu masuk membawa dua cawan kopi di atas dulang sebelum dia meletakkannya di atas meja kopi tempat KK dan Johan duduk di sofa bersebelahan meja Johan.
"KK, jemput minum."
Johan mempersilakan namun mata KK masih tidak henti memandang Irika sampailah gadis itu lenyap kembali di sebalik pintu.
"Okey, I smell something fishy here."
Johan mengangkat keningnya.
Sudah nampak dengan jelas mata KK menghala ke arah stafnya yang seorang itu.
"Hah, apa kau cakap tadi?"
KK yang baru tersedar cepat-cepat menyoal.
Johan tersenyum penuh makna.
"Aku tau apa yang kau nak dapatkan, KK. Kau datang sini bukan nak bincang pasal projek kita sangat, kan?"
"Eh, aku memang datang sini nak bincang pasal projeklah. Apa yang kau merepek ni?" KK cepat-cepat menafikan, risau terkantoi.
"Oh... Come on, KK! Kita kenal dari zaman universiti lagi okey. Kau tak payah nak kelentong aku. Semua pasal kau dah ada dalam kocek aku okey. Termasuklah bab perempuan. Kau datang sini nak usyar budak aku, kan?"
Johan tersengih.
KK menelan liur. Dia tidak menyangka secepat itu dia kantoi depan Johan.
"Bukan macam tu..."
"Ah... Tak apa, KK. Aku tak kesah. Tapi budak tu budak baik. Kau jangan nak main-mainkan perasaan dia pula."
KK terdiam.
"Dia tu dari keluarga baik-baik, sopan, beragama, bukan macam perempuan-perempuan biasa lain yang kau boleh bawa ke hulu ke hilir tu. Kau kena fikir masak-masak sebelum nak try dia."
Johan bersuara lagi.
KK menghela nafasnya dan mendengar setiap butir bicara Johan dengan khusyuk.
"Kalau kau setakat suka dia untuk main-main saja, baik kau hentikan sekarang. Aku tak sanggup tengok perempuan sebaik tu dipermainkan."
"No, Johan."
KK bersuara tiba-tiba membuatkan Johan terhenti berbicara.
Wajah KK dipandangnya dengan mata membulat.
"Aku rasa aku serius kali ni."
KK menunduk merenung ke lantai.
"Aku tak pernah rasa suka dekat perempuan macam yang aku rasa sekarang. Rasa macam ada petir yang sambar jantung aku ni masa aku nampak dia. It is like love at first sight. Tak boleh nak terangkan macam mana perasaannya."
Johan ketawa sebelum menepuk-nepuk bahu KK.
"Tak sangka yang kawan aku ni akhirnya jatuh cinta juga. Selama ini asyik main perempuan saja kerja kau."
KK tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Kau fikir dia boleh terima aku ke?"
"Kalau kau ikhlas memberi, insya-Allah dia ikhlas membalasnya."
"Amboi ayat kau. Kalah ayat Dato Dr. Fadzilah Kamsah." KK ketawa.
Johan ikut ketawa sebelum teringatkan sesuatu.
"Tapi kau kena ingat. Irika tu bukan perempuan yang senang kau dapat. Ramai yang beratur nakkan dia, cuma dia saja yang tak layan. Kau orang ke berapa aku pun tak tahu. All the best, man!"
Johan menepuk bahu KK membuatkan KK terasa kesat liur yang ditelannya saat itu.
KK keluar dari bilik Johan dengan hati yang sedikit gementar. Jam di tangannya dia kerling sebelum dia memandang sekeliling. Masih ramai di dalam pejabat itu walaupun sudah masuk waktu rehat.
"Tak keluar lunch ke?" KK memberanikan diri menyoal Irika yang masih berada di tempatnya.
"Hah?" Mata Irika membuntang saat terpandangkan KK di hadapan mejanya ketika itu.
"Errr, saya nak keluarlah ni."
"Jom, keluar lunch dengan saya? Saya belanja." KK tersengih.
Wajah Irika pucat. Dia tidak tahu hendak membalas apa. Naim yang melintas di hadapannya membuatkan Irika mendapat idea.
"Saya dah ada teman. Sekarang ni saya nak keluar dengan kawan saya ni." Irika menarik hujung baju Naim membuatkan Naim terdorong kepadanya.
"What?" Naim sedikit terkejut.
"Aku keluar rehat dengan kau, kan?" Irika membuat isyarat dengan matanya dengan harapan Naim akan membantunya melepaskan diri daripada mamat seorang ni.
"Oh... Haah, kami nak keluar lunch sekali." Naim tersenyum.
"Oh, kalau macam tu saya join kau oranglah. Boleh, kan?" KK memberi cadangan.
"Bo..." Baru saja Naim hendak bersuara, cepat-cepat Irika memotong.
"Eh, tak boleh! Kami nak pergi gerai tepi jalan tu aje. Mana sesuai dengan status Encik KK, kan? Nanti apa pula kata orang."
KK menelan liur. Gerai tepi jalan?
"Tak payahlah pergi sana. Ikut saya pergi restoran lain sajalah." KK memberikan cadangan.
"Kami dah janji dengan kawan-kawan lain nak pergi situ. Kalau Encik KK tak kesah, jomlah. Kalau tidak, saya minta maaf."
KK terdiam.
"Okeylah kalau macam tu. You guys go on la. I think I have another appointment later. Selamat lunch okey."
KK memberi alasan, padahal dia tak nak mengaku depan Irika yang dia tak sanggup pergi ke gerai tepi jalan itu.
"Okey, Encik KK. Selamat lunch juga." Irika bersuara dengan gembira apabila rancangannya menjadi. KK berlalu dengan hati yang hampa meninggalkan pejabat itu.
"Kau ni kejamlah, Irika. Encik KK tu ajak makan aje kut."
Naim meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Tak naklah aku. Tengok dia pun aku dah rasa seram semacam. Kau nak suruh aku makan berdua-duaan saja dengan dia? Mintak simpanglah!"
"Kau ni pelik betul. Orang lain berebut nak lunch dengan dia, kau tu siap kena offer kau tolak saja mentah-mentah."
"Mana ada aku tolak. Aku terima juga apa. Tapi makan dekat gerai Kak Esahlah."
"Alah... Macam aku tak tahu cara kau nak mengelak tu. Kau pun tahu Encik KK tu tak selesa pergi dekat gerai biasa saja, mestilah dia tak nak."
Irika menyengih.
"Pandai pun."
Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz