ZingTruyen.Xyz

Angin Cinta

Bab 10

karyaseni2u

"BARU balik, Ika?" Puan Zarina menyoal anak tunggalnya itu saat Irika masuk ke dapur dengan wajah yang keletihan, mencari air untuk menghilangkan dahaganya.

"Ya, mama. Banyak kerja dekat pejabat."

Irika bersuara sebelum menuang air masak ke dalam gelasnya dan meneguk air itu dengan rakus.

"Hmmm... Tak apalah. Ika naik atas mandi, nanti turun makan, ya? Mama dah panaskan lauk dah."

Irika senyum sebelum bangun semula dari meja kerana mahu naik ke atas.

Dia menghampiri mamanya sebelum memeluk tubuh itu erat.

"Okey, mama. Thanks."

Puan Zarina menepuk bahu anaknya itu dengan penuh kasih sayang.

"Kesian anak mama ni, kena kerja kuat. Itulah mama suruh kahwin dengan Zainal tu tak nak."

Irika meleraikan pelukannya dan memandang mamanya dengan mata membulat.

"Maaa... Ma tahu kan Ika tak suka dia."

Irika mendengus perlahan.

"Ya, mama tahu. Tapi mama kesian tengok Ika susah payah kerja macam ni. Kalau Ika kahwin dengan Zainal tu, tentu Ika goyang kaki saja dekat rumah."

Irika memandang wajah mamanya itu lama sebelum tersenyum kembali.

"Mama, Ika tak kesahlah hidup macam ni. Hidup Ika dah cukup sempurna dah pun, walaupun kita tak sekaya keluarga Uncle Bakhtiar dan Zainal tu, at least kita masih boleh dikira berkemampuan. Apa lagi yang Ika nak kalau semua sudah cukup bagi Ika?"

Puan Zarina mengusap-usap kepala Irika. Dia mengerti perasaan anaknya yang seorang itu.

"Ya, mama faham. Cuma kalau boleh mama nak jugalah tengok Ika kahwin dengan seseorang yang mama boleh harapkan untuk jaga Ika kalau mama dan papa dah tak ada esok."

Puan Zarina bernada sayu.

"Mama... Orang kaya macam Zainal tu tak semestinya boleh diharap, mama. Pandailah Ika cari calon suami yang sesuai nanti, ya? Mama janganlah risau. Insya-Allah nanti bila saatnya sesuai, mesti calon Ika tu muncul depan mata. Ting! Macam magik!"

"Ika!"

Puan Zarina ketawa melihat keletah Irika.

"Mama jangan risau, ya?"

Irika kembali melembutkan suaranya, cuba memujuk mamanya untuk mengerti.

"Ya, mama tak risau. Mama tahu anak mama ni pandai memilih."

Puan Zarina tersenyum membuatkan Irika ikut tersenyum kembali.

IRIKA menghadap telefon bimbitnya malam itu, meneliti mesej-mesej yang masuk termasuk di aplikasi WhatsApp sebelum dia terhenti pada nama Zainal.

Dia memandang chat bersama Zainal itu lama. Pelik kerana sudah lama jejaka itu tidak menghubunginya. Takkanlah terkesan dengan kata-katanya sampai menyepi begitu?

Takkanlah jejaka kacak idaman Malaya itu masih tak boleh lupakan perasaannya terhadap Irika sampai sanggup tak berhubung dengan Irika lagi? Mendalam sangatkah rasa sukanya kepada Irika?

Irika menggaru-garu kepalanya sendiri. Dia teragak-agak hendak menghubungi Zainal atau tidak.

Ah... Tak apalah, dia kawan aku juga. Takkanlah sebabkan hal perasaan tu aku dengan dia nak putus kawan pula, padahal dah kenal lama dah.

Irika mula menaip mesej di aplikasi WhatsAppnya. Zainal sedang online ketika itu.

Lama diam?

Mesej dihantar.

Busy.

Mata Irika membulat kerana tidak pernah Zainal berkata begitu selama ini kepadanya.

Okey. Just nak minta maaf pasal hal hari tu. Saya harap awak tak kecil hati. Kita kenal dah lama, saya tak naklah sampai hilang kawan sebabkan hal hati dan perasaan tu.

Zainal lama diam. Dia tidak menaip tetapi mesej itu dia sudah baca.

That is okay. I memang busy. Bukan merajuk pasal tu, nanti kita jumpa okey.

Balasan daripada Zainal diterima setelah lama jejaka itu diam. Irika menarik nafas lega. Mujurlah Zainal tidak berkecil hati dengannya lagi.

Okey. See you later.

Irika meletakkan kembali telefon bimbitnya di tepi meja sebelum keluar ke balkoninya, memandang langit malam yang dipenuhi bintang-bintang malam itu.

Irika senyum.

"Ika rindu..."

Irika bersuara sendiri dengan matanya yang sudah berkaca.


Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz