ZingTruyen.Xyz

Angin Cinta

Bab 7

karyaseni2u

ORANG cakap, kerana cinta kita sanggup buat apa saja. Lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bintang di angkasa sanggup dipetik buat permaidani.

Fuhhh! Kalau bercakap memang semua nak indah, tapi realitinya?

KK bukan bodoh nak buat semua itu, dia sedar kemampuan dirinya tapi dia juga boleh guna cara lain untuk mendapatkan cinta Irika.

KK melihat dirinya di hadapan cermin, dia mengemaskan tali leher dan sutnya sebelum keluar dari biliknya dengan langkah yang teratur.

Hari ini dia harus melaksanakan rancangannya dengan jayanya supaya dia dapat menjauhkan seseorang dari buah hatinya itu.

"KENAPA ni, bos? Happy semacam saja?"

Sharon yang masuk ke dalam biliknya saat itu menegur. Senyuman sinis yang terpamer di wajah KK segera dia matikan. KK mendongak memandang Sharon sebelum menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apalah, Sharon." KK menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kantoi dia tersenyum sorang-sorang sebab teringatkan rancangannya.

"Kalau senyum macam tu tandanya orang tengah angau." Sharon menyengih.

"Mana ada. You suka sibuk hal I, kan?"

KK menjuihkan bibirnya.

Sengaja buat-buat tidak suka padahal dia dan Sharon itu sudah rapat sampai dia tidak kesah bercerita tentang apa saja waima kisah cintanya pun.

"Yalah, bos. I tak cakap apalah." Sharon menjawab datar, sengaja melayan walaupun dia tahu KK tak bermaksud apa-apa.

"Ini I nak keluar kejap dengan Soraya. Ada apa-apa call I, okey?"

KK bersuara kembali sambil mengemaskan mejanya dan memegang beg bimbit dan buku jurnalnya.

"Eh... Time rehat macam ni pun bos nak cari prospek ke? Rehatlah, bos. You need some rest. Jangan terlebih kerja sangat." Sharon mengomel membuatkan KK sedikit tergelak.

"Relakslah, Sharon. Prospek I kali ni baik punya."

"By the way, alang-alang bos keluar dengan Soraya, at least get to know each otherlah.

Mana tahu bos boleh berkenan nanti daripada bos duk angau dekat perempuan yang tak hargai hadiah bos tu." Sharon mencebik, tahu mengenai kejadian tempoh hari.

"Dia ada nama, okey." KK sedikit membentak. Tidak suka Irika disebut sebegitu.

"Okey, fine. I am sorry, . But I am sure Soraya tu berganda lagi cantik daripada that girl, kan? Why not, bos pikat saja Soraya? Habis cerita, tak payah bos susah-susah kejar perempuan tu lagi." Sharon menghela nafasnya.

KK berjeda seketika. Bukan dia tak pernah terpesona dengan kecantikan Soraya, lagipun siapa yang tak pernah. Yalah, wajah cantik ala-ala minah Arab, mekap pula tebal seinci tapi sekadar terpesona sajalah seketika, tak ada pula sampai rasa tertarik mahupun nak simpan perasaan.

Tapi dengan Irika ni lain, sekali saja dia lihat Irika hati dia macam dah terantai pada hati Irika. KK sendiri tak pasti kenapa.

"Irika. Her name is Irika. Lepas ni you kena respek dia, panggil nama dia Irika. I tak suka you sebut-sebut pasal dia macam tu. For your info, Irika tu walaupun tak secantik Soraya, but dia cantik di mata I."

Sharon terdiam. Dia mengerti yang kali ini bosnya itu serius.

Tak pernah dia lihat KK dalam keadaan begitu.

Selalunya dia tak ada pun nak gilakan perempuan sampai macam ni sekali.

"Okey, bos. Cuma I kesian dekat you bila dia layan you macam tu sampai tak nak terima hadiah you yang mahal tu."

"That is okay, Sharon. I yang tersilap langkah. I yang cuba tawan hati dia dengan tunjuk kemewahan diri I."

"Tapi dia patut hargai juga hadiah bos tu." Sharon masih tidak berpuas hati.

"Sebab tu dia spesial, Sharon. Dia lain daripada gadis-gadis yang I pernah kenal yang mudah sangat dibeli. Sebab dia jual mahallah I suka, Sharon."

"Okey, bos. I understand, tapi jangan sampai you merana okey?"

"Don't worry, Sharon." KK senyum, terharu dengan keprihatinan Sharon itu.

KK tidak senang duduk saat menanti seseorang bersama Soraya di dalam kafe itu.

Soraya asyik membelek mukanya di hadapan cermin bedak kompak sambil sesekali menempek bedak itu ke mukanya.

Hendak ditambah berapa inci lagi pun KK tidak tahu.

"Awak nak makan dulu, makanlah Soraya. Oder aje, nanti saya bayar."

"Tak apa, bos. I can wait. Lagipun I am on diet."

KK menelan liur, boleh pengsan dia kalau tidak makan tengah hari.

Gadis hijabista di hadapan dia ni selamba saja tak nak makan.

"KK! KK right?" Zainal menegur ramah sebaik dia berdiri di hadapan KK saat itu.

"Eh, Zainal? Yup, saya KK." KK dan Zainal saling berjabat tangan sebelum Zainal melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Oh... By the way, ini eksekutif saya. Dia yang akan briefing kepada awak tentang projek JV kita ni. Soraya, this is Zainal, pemilik Alamar Corp." KK memperkenalkan kedua-duanya seraya memerhati reaksi mereka.

Yes! KK menjerit dalam hatinya saat melihat Zainal macam seolah-olah terpukau dengan kecantikan Soraya. Okey, Zainal! Tergodalah lagi! Tergodalah lagi! kata KK dalam hati.

"How are you, Encik Zainal? Saya Soraya."

Soraya tersenyum manis ke arah jejaka kacak itu.

"Great! I feel great!"

Zainal tersengih sampai ke telinga.

KK ketawa sendiri dalam hatinya. Mangsa dah masuk dalam perangkap. Haha.

IRIKA menghela nafasnya sendiri sambil sesekali menilik jam di tangan.

Baru pukul dua belas tengah hari tapi perutnya berkeroncong lain macam hari ini. Mungkin sebab pagi tadi dia cuma meneguk air Milo dengan makan biskut kering gamaknya.

"Eh, Encik KK? Cari Encik Johan ke?"

Suara Kak Mona kedengaran dari arah depan membuatkan Irika memanjangkan lehernya. Lelaki itu sedang tersengih memandang Kak Mona sambil mengangguk.

"Ya, bos ada?"

KK menyoal.

"Of course. Kejap, ya?"

Kak Mona bersuara sebelum berlalu ke bilik Encik Johan untuk memaklumkan kehadiran KK di situ.

Irika kembali menunduk. Dia tidak mahu lelaki itu terpandangkan dirinya. Malu ada, takut pun ada. Seram sejuk saja dia apabila ternampak KK. Irika risau lelaki itu mengganggunya lagi.

"Eh, KK... What a pleasant surprise?! Ada apa kau datang ni?"

Johan keluar dari biliknya dengan senyuman lebar, seronok melihat KK di situ.

KK ketawa tapi macam dibuat-buat.

Pantas dia mendapatkan Johan sambil memeluk bahu sahabatnya itu.

"Sajalah. Datang sini nak bincang-bincang."

KK bersuara sambil matanya melirik ke arah Irika sebelum dia menarik Johan masuk ke dalam biliknya.

Irika menarik nafas lega.

Rasa tersekat nafasnya tadi saat terpandangkan kehadiran KK di situ. Tidak mengerti mengapa jejaka itu harus muncul lagi.

Selama ini tidak pernah nampak pun. Sekarang apabila sekali berjumpa kerap pula dia nak munculkan diri. Hesy!

"Ehem, kekasih hati datang lagi tu." Kak Mona mengusik membuatkan wajah Irika mencuka.

"Kak Mona!"

Ini yang Irika tidak gemar. Apabila orang tahu saja pasal ni, mesti tak habis-habis dia diusik.

"LAIN macam saja kau ni. Sejak datang pejabat aku hari tu, aku tengok kau macam tak senang duduk saja.

Dan apa yang lagi pelik, KK yang sentiasa super busy ni ada masa pula nak singgah pejabat aku? Ada yang tak kena ni... Cer citer... Cer citer..." Johan mengerutkan dahinya memandang ke arah KK.

"Eh, mana ada sebab apa. Aku kan nak bincang pasal projek kita tu. Tak ada agenda lain okey." KK cuba berselindung.

"Okey fine."

Johan berputus asa, malas hendak mengorek cerita lagi. Dia menekan interkomnya sebelum bersuara.

"Irika, buatkan kopi. KK, kau nak kopi ke teh?"

KK menelan liur saat mendengar nama itu. Terkedu dia jadinya sampai tak dengar soalan Johan seterusnya.

"KK?" Johan menyoal lagi setelah melihat KK diam saja.

"Hah, apa?"

"Nak teh ke kopi?"

"Anything will do."

"Okey, Irika... Dua kopi, ya? Make it fast!"

Johan memberi arahan sebelum kembali memandang ke arah KK dengan pandangan pelik semula. Aneh melihat keadaan KK yang menerawang entah ke mana.

Irika menggumam.

Kenapalah dalam ramai-ramai orang, dia juga yang disuruh buat kopi pada saat genting begini? Tahulah kopi dia buat tu sedap.

Hesy, apa kau merepek ni, Irika? Kau kan setiausaha Encik Johan. Hesy!


Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz