Bab 6
IRIKA memandang dirinya di hadapan cermin sambil membetulkan selendangnya. Dress pemberian KK elok tersarung di tubuhnya saat itu.
Memang pandai KK pilih baju yang sesuai untuk Irika. Irika senyum puas hati sebelum dia menarik nafas panjang sebaik merasakan yang dia sudah bersedia untuk pergi.
Okey. Relaks, Irika. Ini dinner saja. Tak payahlah nak nervous satu badan!
Irika menarik nafas lagi dalam-dalam.
Tapi jarang KK ajak dinner macam ni. Macam ada sesuatu saja siap hantarkan dress segala.
Hesy! Redah sajalah!
Irika mengambil beg tangannya di atas meja dan disangkut ke bahu sebelum dia berjalan ke arah pintu.
Namun langkahnya terhenti di hadapan satu bingkai gambar. Seorang kanak-kanak sedang tersenyum di sisi seorang lelaki yang berpakaian ala-ala hippies. Irika senyum.
Dia mengangkat bingkai tersebut sebelum menciumnya dengan penuh kasih sayang. Senyuman terukir di bibirnya semula saat dia meletakkan bingkai itu kembali dan keluar dari biliknya dengan doa yang tidak putus dan cuba menenangkan hatinya sendiri yang rasa berdebar sedari tadi.
KK menanti di dalam keretanya yang diparkir di luar rumah Irika. Dia menanti gadis itu bersiap sebelum mereka keluar bersama pada malam itu.
KK sudah siap dengan baju kemejanya yang kemas.
Dia membetul-betulkan bajunya sendiri dan memeriksa kotak cincin yang dia simpan di dalam kocek seluarnya dan mahu memastikan malam itu sempurna buat dia dan Irika.
KK menarik nafasnya dalam-dalam untuk kesekian kali sebelum menghembuskannya.
Hari ini hari yang penting dalam hidupnya. Ya, hidupnya yang sikit lagi nak perfect. Macam-macam KK dah rasa dalam hidupnya selama ini.
Kereta mewah sudah, rumah besar sudah, business yang baik pun sudah. Apatah lagi baju-baju dan kasut yang mahal?
Mestilah sudah. Semuanya sudah kecuali satu perkara sahaja. Kahwin. Ya, Kahwin!
Bagi KK, lelaki sepertinya bukan boleh kahwin dengan orang yang sembarangan.
Perempuan itu kena cantik, bijak, pandai berdikari dan tahu jaga diri serta tahu agama dan menjaga dirinya.
Ternyata Irika ada semua ciri-ciri itu.
Sebab itu KK tak sanggup kehilangan Irika yang bagaikan permata itu.
Tetapi sebab paling utama yang memberi mata bonus buat Irika ialah kerana Irika sayang KK kerana diri KK.
Bukan kerana duit KK mahupun populariti KK.
Apatah lagi pasal status KK yang bergelar usahawan berjaya yang disegani itu. Sebab tu Irika istimewa.
KK membuka kotak cincin itu semula untuk memastikan cincin berlian itu masih ada di dalam.
KK simpan semula kotak cincin itu di dalam koceknya sebelum dia menggigit bibir bawah. KK berasa gementar menanti kehadiran Irika.
Satu susuk tubuh yang baru keluar dari rumahnya dan sedang berjalan menghampiri KK dari kejauhan membuatkan KK terkesima.
KK seolah-olah terpukau melihat kecantikan gadis yang menghampirinya pada malam itu.
Irika kelihatan menawan sekali sehingga membuatkan KK terpesona.
Irika tersenyum. Manis sekali saat dia berdiri di tepi kereta KK membuatkan KK ikut tersenyum lantas membalas senyuman Irika.
Kerana ini juga buat KK memilih Irika. Kerana senyumannya saja sudah bisa menghilangkan segala resah dalam hati KK.
KK rasa bertuah.
KK bingkas keluar dari keretanya. Dia tidak mahu Irika menunggu lama sebelum dia membukakan pintu untuk gadis kesayangannya itu dan mempersilakan Irika masuk.
KK segera menutup pintu sebaik Irika duduk dan kembali ke tempatnya.
"Assalamualaikum." Irika bersuara. Manis sekali kedengaran di telinga KK.
"Waalaikumussalam, sayang. Are you ready?" KK menyoal.
"Ya, tapi kenapa tiba-tiba saja hantar hadiah ni?"
Irika bertanya pula sambil menunjuk ke arah dress hitam putih dan selendang merah yang tersarung di tubuhnya.
"Sajalah. Sekali-sekala."
KK tersengih-sengih sebelum menghidupkan enjin keretanya.
"Terima kasih."
"Alah, tak payahlah ucap terima kasih. Untuk awak, apapun saya sanggup tau."
Irika sekadar tersenyum dan diam memerhati KK tanpa menyoal arah tuju mereka malam itu kepada KK yang mula memecut keretanya.
"KOS hidup dah semakin tinggi. Silap-silap, dalam beberapa tahun ni siapa yang gaji empat ribu ringgit ke bawah boleh berada pada tahap miskin awak tahu."
Khusyuk KK membincangkan isu semasa saat mereka berada di dalam kereta, sekadar mahu mengisi kesunyian di dalam kereta dan melambatkan masa supaya dia punya kekuatan yang cukup untuk melamar Irika sementara menanti mereka sampai ke destinasi yang mahu KK tuju itu.
Irika mengangguk laju.
"Itulah. Macam kawan baik saya, Amira. Awak kenal Amira, kan?"
"Amira..." KK mengerut dahi.
"Owhhh! Yang laki dia manager dekat Puspel tu?" KK meneka.
"Ha! Dia sendiri pun sekarang dah mengadu pendapatan suami dia tak cukup. Dengan anak-anak makin membesar nak masuk sekolah semua. Sampai dia sekarang terpaksa tolong buat business online tau awak. Kesian dia."
Irika bercerita dengan serius, bersimpati dengan nasib kawannya itu.
"Tu normallah. Memang sekarang ni nak senang tu tak senang, awak. Lagi-lagi kalau nak jadi orang yang berjaya macam saya ni, kena ada disiplin, kena kerja keras. Hati pun kena keras."
Irika pandang KK dan senyum. Nak berlagaklah tu.
"Tapi kan awak, kiranya saya ni bernasib baik jugalah." Irika tersenyum penuh makna seolah-olah memahami maksud KK itu sebelum dia kembali menyoal.
"Kenapa?"
"Yalah, sebab saya dah sampai ke tahap ni. Ramai orang umur macam saya cuma boleh mimpi aje untuk sampai ke tahap ni. Tapi masih struggle untuk berjaya."
"Ya ke? Saya rasa ramai aje yang berjaya macam awak."
"Ramai, tapi tak semua bermula macam saya. Yang ramai tu kebanyakannya sebab turun-temurun keluarga dia orang memang kaya."
Irika tersenyum sinis, seolah-olah mengejek.
"So, pointnya dekat sini, kiranya awak nak cakap yang awak ni hebatlah?"
"Irika, come on! Saya bukan nak cakap saya ni hebat tapi saya memang hebat, nak buat macam mana?" KK mengangkat-angkat keningnya.
Irika sekadar ketawa. Dia tahu sangat perangai KK yang suka perasan tu.
"Perasan!"
"Sayang, awak ingat dulu saya tak belajar susah ke? Saya sendiri mula dari bawah tau. Tapi sebab saya kejar betul-betul apa yang saya nak, sebab tu saya dapat. Macam saya nakkan awak, awak ingat senang ke saya nak dapat awak?"
Irika ketawa mengusik.
"Susah ke nak dapat saya dulu?"
"Susah awak tanya? Hmphhh! Jenuh saya guna macam-macam cara nak dapatkan awak tau. Dahlah ramai nakkan awak termasuklah... Siapa nama owner Alamar Corp tu? Zaini?" KK berkerut dahi, cuba mengingati kisah dulu.
"Zainal." Irika menjawab datar.
"Yes! Zainal."
KK terdiam sekejap saat menyedari sesuatu.
"Eh, awak ingat dekat dia lagi? Jangan awak, saya jealous ni." KK menjuihkan bibirnya tanda protes.
Irika sekadar ketawa tanpa menjawab persoalan KK itu.
"Awak, cepatlah sambung." Irika memujuk.
KK berjeda. Dia cuba mengingati kisah lalu antara dia dan Irika.
Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz