Bab 12
"KAU ni kejam sangatlah, Irika." Irika diam saat mendengar kata-kata Amira di hujung talian, saat dia menceritakan segalanya kepada sahabat baiknya yang sudah lama dia tidak ketemu sejak sahabatnya itu berkahwin dan punya anak-anak.
"Dah aku tak suka, dia nak kacau juga. Kan dah kena." Irika meluahkan rasa puas hatinya dapat berbuat sedemikian.
"Tapi kejam tetap kejam, Irika. Tak baik tahu kau balas keikhlasan orang macam tu sekali."
"Mana kau tahu dia tu ikhlas? Entah-entah nak mainkan perasaan aku saja."
Irika mencebik.
"Habis tu, mana kau tahu dia tak ikhlas?"
"Alah, lelaki kaya macam tu bukannya serius, mak cik. Nak main-main saja, lepas dah dapat nanti dia blahlah. Saja tak puas hati selagi aku tak jatuh ke tangan dia."
"Tak baik tau kau bersangka buruk macam tu. Mana tahu lelaki tu memang ikhlas nak berkawan dengan kau."
"Ah, aku tak percaya. Kau tengok sajalah Si Zainal tu. Macam aku tak tahu, depan memujuk rayu, belakang playboy terhebat alaf ini okey."
"Kau tak boleh samakan semua orang kaya macam Zainal tu. Mana tahu dia ni lain."
Irika mendengus. Geram pula apabila Amira asyik sebelahkan KK yang dia tak pernah kenal itu.
"Kau ni dari tadi macam menyokong saja Si KK tu kenapa? Dapat komisen ke?"
"Hesy! Aku ni kenal dia pun tidak."
"Tu yang aku pelik, bukan main lagi kau sebelahkan dia."
"Bukan macam tu, aku cuma rasa kau patut bagi peluang dekat dia. Jangan kejam sangat. Aku dapat rasakan kesungguhan dia nak tawan hati kau tu. Effort dia tu yang aku puji. Bersungguh nak tawan hati kau yang keras macam batu tu."
Irika terdiam mendengarkan kata-kata Amira itu. Dah macam sama saja dengan nasihat Kak Mona kepadanya di pejabat tadi.
"Yalah. Tengoklah nanti macam mana."
Irika mengalah, tidak mahu Amira membebel lagi menasihatinya padahal tujuan dia menelefon Amira sekadar nak meluahkan rasa geramnya terhadap KK. Sekali ambil! Dia yang terkena.
"Oh... By the way, mak cik. Aku ada jual tudung online, nanti kau tengoklah dekat Instagram aku, ya?"
Amira bersuara setelah lama berjeda.
Irika ketawa.
"Yalah, mak cik. Sempat ya kau promote?"
"Of course. Nak cari duit lebihlah katakan. Lainlah macam kau, ada CEO kaya-raya sedang mengejar."
"Mira!!!"
Hanya ketawa Amira kedengaran di hujung talian sana menyebabkan Irika mendengus kegeraman.
KK menarik nafasnya yang terasa berat. Pandangannya ditala ke arah pemandangan indah Kuala Lumpur yang disimbahi cahaya lampu yang bergemerlapan dari kondominium mewah miliknya itu.
Dia cuba menghilangkan rasa serabut dalam jiwanya.
Irika sudah berpunya? Kenyataan itu amat sukar dia telan kalau betul gadis itu sudah punya kekasih hati. KK sendiri pun tidak mengerti kenapa dengan gadis itu hatinya jadi terlalu keras.
KK tetap mahu mencuri hati gadis itu walaupun gadis itu langsung tidak berminat terhadapnya.
Adakah ini namanya jodoh? Kalau benar ada jodoh antara dia dengan Irika, KKlah orang yang paling bahagia di dalam dunia saat itu. Tapi dalam keadaan sekarang, mampukah KK nak berangan untuk memiliki hati Irika lagi?
Ah, baru kekasih hati, kan? Bukannya tunang atau pun dah kahwin.
KK tersenyum kelat.
Aku masih ada peluang. Selagi mampu bertahan, aku akan bertahan.
KK menyemak fail-fail di atas mejanya dengan teliti sebelum dia melihat pula jam di atas meja yang sudah menunjukkan pukul enam petang. Pasti ramai stafnya yang sudah pulang.
Bagi KK, dia tidak kesah pulang lewat daripada staf kerana jika stafnya berusaha seratus peratus untuk dia, dia pula harus berusaha dua ratus peratus untuk mereka, untuk memastikan syarikatnya terus maju dan masa depan semua stafnya terjamin.
Itu janji KK saat dia membuka syarikat itu dulu.
"Bos, belum balik lagi?"
Sharon yang masuk tiba-tiba membuatkan KK mendongak memandangnya.
"Belum, Sharon. Ada lagi kerja yang I kena uruskan."
Sharon diam, sekadar memerhati KK.
"What? Ada apa-apa you nak cakap ke?"
KK menyoal setelah merasakan Sharon diam saja sedari tadi.
"Tak adalah, bos. I suka tengok you yang macam ni, fokus dengan kerja walaupun tengah mabuk cinta."
Sharon ketawa kecil.
"Oh... You perli I, ya Sharon?"
"Mana ada, bos. Betullah I cakap ni. Untung that girl."
"Dia tak fikir macam tu pun. Dia buat I ni macam tak wujud aje. Menyampah sangat dengan I ni."
"That is okay, boss. One day, dia akan nampak you juga."
KK memandang ke arah Sharon yang sedang tersenyum.
"She is already taken, Sharon. Dah ada kekasih hati. Mana nak pandang I dah."
"Oh... Really, bos? You nampak ke?"
"Tak, dia yang beritahu."
"Oh... So, bos percaya?"
Sharon tersenyum-senyum menguji.
KK terpinga-pinga.
"Maksud you?"
"Maybe she just bluffing. Sebab dia tak nak bos ganggu dia dah. Perempuan akan bagi macam-macam alasan untuk lepaskan diri."
"Really???" KK tersenyum penuh pengharapan. Sharon sudah menambahkan semangat di dalam dirinya yang baru saja hendak kuncup.
"Tapi macam mana you tahu, ya?"
"Bos, I kan perempuan juga. Of course I tahu."
"Thanks, Sharon."
"No hallah, bos. Sekarang senyum okey? Semangat sikit. You have to fight to win this battle."
KK sekadar mengangguk dan tersenyum.
"Okeylah, bos. I got to go, my husband maybe dah ada dekat bawah."
"Okey, Sharon. By the way, thanks."
Sharon sekadar tersenyum penuh makna sebelum berlalu keluar dari bilik pejabat KK.
Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz