Bab 3
8.17 pagi. Tiga belas minit sebelum kuliah bermula. Aku duduk di meja bahagian tengah. Barisan ketiga. Kedudukan yang cukup ideal untukku. Aku tak suka duduk di bahagian tepi. Dan aku tak suka duduk terlalu depan. Barisan ketiga just nice untuk aku. Phia duduk di sebelah kananku. Kiriku pula laluan. Yang memisahkan mejaku dengan meja di bahagian tepi.
Masing-masing tunduk menghadap telefon pintar. Tiada komunikasi antara kami. Dua-dua diam. Fokus pada skrin telefon. Phia ralit baca novel di Wattpad. Aku pula sibuk scroll gambar-gambar di Instagram. Jadilah kami dua orang yang antisosial pada saat bilik kuliah sedang riuh dengan suara-suara pelajar yang lain.
Sedang aku sibuk melayan video telatah Yusof Iskandar, anak kepada selebriti terkenal, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, ekor mataku menangkap sebuah bekas makanan yang berbalut kain pink lembut. Persis bento box Jepun. Berbalut cantik dengan furoshiki. Terletak elok di atas mejaku. Beberapa saat yang lalu. Oleh seseorang.
Bola mataku bergerak dari skrin telefon ke arah bekas makanan. Kemudian dilarikan ke atas. Memandang si pemberi. Yang turut memandangku tanpa riak.
"Lyn bagi," tuturnya. Menjelaskan.
"Oh..."
Hanya itu yang mampu keluar dari bibir. Masih terpinga-pinga dan terkelu dengan situasi yang aku anggap cukup aneh ini. Yeah, I know bukan mamat tu yang bagi aku bento box ni. But still...
Eid sudah menghilangkan diri ke bahagian belakang bilik kuliah. Duduk bersama teman-temannya. Naim, Amru dan Fakri. Dan telingaku mula disapa dengan suara-suara yang kurang enak. Hmmm, sudahku agak.
"Pheewit! Ada orang tu dapat bento box."
"Dah macam dalam movie Jepun weh."
"Untuk aku tak ada ke, Eid?"
"Entah. Takkan kau bagi Aurora aje? Untuk kami mana?"
Bibirku terkatup rapat. Suara-suara sengau Naim, Amru dan Fakri aku biarkan. Sedikit pun aku tak toleh ke belakang. Malas aku nak layan. Kalau dilayan, makin menjadi-jadi pula nanti. Biarlah Eid yang layan dia orang. Kawan dia juga.
"Oh, my God! Eid bagi kau ke?" soal Phia dengan riak terkejut.
Dan aku balas dengan nada malas.
"Kau tak dengar ke tadi?"
"Tak," balas Phia polos.
"Lyn yang bagi. Bukan dia."
"Lyn?"
"Kembar Eid. Best buddy aku. Remember?"
"Eh, bukan dia dekat London ke? Bila dia balik?"
"Kelmarin."
"Oh... Aku ingat mamat tu yang bagi kau. Mimpi apa pula dia malam tadi tiba-tiba nak jadi baik dengan kau, kan?"
Aku tergelak kecil. Kepalaku menggeleng perlahan. Mustahil Eid nak bagi aku bento box macam ni. Amat mustahil. Tapi kalau dia bagi pun, aku tak rela kut. Pitam aku nanti. Hesy, tak nak aku bayangkan.
Telefon pintarku bergetar. Perhatianku beralih semula pada telefon. Hujung bibirku tersenyum nipis. Lyn!
Morning!!!
Dah dapat gift comel daripada aku tak?
Lensa kamera telefon dihalakan ke arah bento box. Klik! Gambar dihantar. Jari-jemariku mula menaip.
Dah.
Thank you! So sweet of you.
Tapi perlu ke kau suruh Eid bagi aku?
Emoji mata juling ke atas turut kuhantar.
Hahaha. Kena bahan ke?
Aku nak bagi kau tadi tapi mama kau kata kau dah pergi.
So, aku suruhlah abang aku bagi kau.
Maknanya kalau aku pergi kelas lambat sikit tadi, adegan Eid bagi aku bento box tak berlakulah? Dan kita orang tak akan kena bahan?
Kau dah tengok tak isi dalam tu?
Tahu tak aku bersemangat siapkan untuk kau dengan abang aku? Gigih aku belajar cara nak ikat furoshiki tu.
Makanya, sila hargai usaha kawanmu ini. Hehe.
Lyn hantar WhatsApp lagi sebelum sempat aku membalas.
Belum.
Kejap aku buka.
Balasku ringkas. Tanganku mula menarik kain furoshiki. Ikatan dileraikan. Penutup bento dibuka. Hatiku tergelak perlahan.
Seriously Lyn?
Kau bagi aku avocado egg sandwich?
Healthy sangat ni.
Sesaat kemudian, Lyn balas bersama GIF ketawa besar.
Itu breakfast kau.
Sila makan sekarang.
Wow! Arahan sangat ni.
I know you are not a breakfast person, but please eat.
Tahu tak breakfast tu penting?
Terhenti ayat yang aku sedang karang. Aku baru nak hantar 'sejak bila pula aku jenis makan pagi ni?'. Terus aku delete semua aksara yang aku taip. Dan aku ganti dengan...
Okay. Noted.
Nanti aku makan.
Thank you btw.
Lecturer dah masuk. Bye!
Aku matikan perbualan WhatsApp kami. Bento ditutup semula. Dan aku ketepikan. Bukan tak hargai jasa Lyn yang sangat sweet itu tapi takkan aku nak makan bila pensyarah sudah ada di depan mata. Time break nanti aku makanlah. Lagipun, aku belum terasa lapar.
"WOW... Sedapnya! Nak sikit..."
Entah dari mana munculnya si mamat mata sepet ni. Tiba-tiba aje merengek kat tepi meja aku. Waktu aku tengah makan sandwich yang Lyn bagi. Sebuah jelingan aku berikan pada Fakri yang sedang menyengih.
"Sorry. This is not for you."
"Tahulah Eid yang bagi. Tapi takkan tak boleh kongsi kut?"
"Again, sorry. Ini bukan dari Eid. Tapi Lyn. Lyn okey. Lyn. Eidlyn. Bukan Eidlan," tekanku berkali-kali.
"Kalau kau nak, kau suruhlah Lyn buatkan untuk kau. Itu pun kalau dia nak buatkanlah. Well, setahu aku Lyn tak suka geng-geng abang dia. Macam aku yang tak suka kat kau orang."
Riak wajah Fakri kelihatan berubah. Tampak sedikit tegang. Setelah bicara sinisku menampar gegendang telinganya.
"Habis tu, kau ingat kita orang suka sangat dekat kau? Berlagak nak mampus!"
"Eh, bila masa pula aku berlagak?"
Fakri mendengus kasar.
"Kau ingat aku tak tahu? Eid dah cerita semuanya dekat akulah. Patutlah tak ada siapa nak dekat perempuan macam kau."
Aku tergamam. Tak mampu nak hadam bicara Fakri. Apa benda ni? Hati mula terasa panas.
"Eid dah cerita semuanya dekat kau? Dia cerita apa?"
"Perangai hodoh kau dari zaman sekolah dulu."
"Hah?"
Fuh! Makin panas hati aku. Apa benda yang Eid dah cerita pasal aku ni?
"Cuba kau cerita sikit apa yang dia beritahu kau."
"Fakri!"
Tiba-tiba ada suara yang mencelah. Dan pemilik suara itu semestinya milik lelaki yang bertanggungjawab buat hatiku menggelegak.
"Kalau kau nak, ambillah aku punya ni. Tak payah kacau Aur," kata mamat tu sambil hulur bento box yang berbalut warna biru lembut.
Mataku membulat. Mindaku terus teringat WhatsApp Lyn.
Tahu tak aku bersemangat siapkan untuk kau dengan abang aku?
Oh.
My.
God.
Rahangku terjatuh. Lyn bagi Eid juga? Eh, dah kenapa aku punya warna pink, Eid punya warna biru? Lyn sengaja nak aku dengan abang dia kena bahan ke macam mana ni?
"Lah... Kenapa tak cakap kau pun ada? Ni Lyn yang buat atau kau sebenarnya?" soal Fakri dengan nada mengusik.
"Tak ada makna aku nak prepare benda-benda macam ni. Untuk perempuan ni pula. Buang masa aje," kata Eid tanpa nada.
Aku tersentap. Tersentap dengan ayat 'untuk perempuan ni pula.' Aku tahu aku tak perlu sentap dengan kata-kata mamat tu. Tapi kenapa aku sentap juga?
Eid dah cerita semuanya dekat akulah.
Perangai hodoh kau dari zaman sekolah dulu.
Terngiang-ngiang suara Fakri di telingaku.
"Kau nak ke tak nak ni?" soal Eid pada Fakri.
"Eee... Tak naklah aku. Tak reti aku nak makan sandwich avocado tu. Kau makanlah. Aku saja nak usik perempuan berlagak ni tadi," balas Fakri sebelum melangkah pergi.
Tinggallah Eid di situ. Di tepi mejaku. Masih berdiri di tempat yang sama. Aku pandang dia. Dengan riak wajah yang penuh kedinginan. Saat kepalanya menoleh ke arahku dan kami bertentang mata, bibirku melontarkan soalan.
"Apa yang kau dah cerita kat dia?"
Nada suaraku serius.
"Nothing."
"Mana mungkin nothing kalau macam tu sekali cara dia cakap dengan aku."
"Just some stuff. Random stuff."
"Huh? Some stuff? Random stuff? Kau cerita buruk pasal aku, kan?"
Hujung bibir Eid tersenyum. Sinis.
"Macamlah kau tak ada cerita buruk pasal aku kat Phia," balas Eid. Dan lelaki itu terus mengayun langkah pergi. Meninggalkan aku yang terdiam. Terkelu.
Ya. Dia benar.
Adakah dalam hal ini kami seri? Aku cerita buruk pasal dia dan dia juga cerita buruk pasal aku. Argh!
Kenapa aku perlu ambil kesah kalau dia cerita buruk pasal aku sekali pun? Sementelah aku juga selalu bercerita buruk pasal dia.
BUNYI tawa memenuhi segenap ruang bilik. Galak sungguh Lyn gelakkan aku selepas aku cerita apa yang berlaku di kelas pagi tadi.
"Ha, gelak. Gelaklah lagi. Ini semua sebab kau tau. Kalau kau tak memandai suruh Eid bagi aku your so-called bento tu, dan kalau kau tak bagi dia benda yang sama, benda ni tak akan terjadi, okey?"
Tawa Lyn bersambung lagi. Sampai berair mata dia.
"Amboi, galaknya. Kau ingat kelakar? Tak kelakar tau. Aku tak buat lawak pun. Aku serius ni."
Namun, Lyn masih lagi tertawa. Kuat. Apa yang kelakar? Tak faham sungguh.
"Kejap."
Aku jeda. Mataku mengecil.
"Kau memang rancang benda ni, eh? Kau sengaja nak kenakan aku dengan abang kau?"
Dalam keadaan yang masih ketawa, Lyn mengangguk-anggukkan kepala.
"Lyn!!!" jeritku kuat.
Tanganku terus capai bantal dan aku hempuk-hempuk Lyn. Kurang asam! Dia sengaja rupanya. Sengaja nak cipta drama antara aku dan abang dia.
"Kau tahu kan aku tak suka abang kau?"
"Tahu."
"Dah tu? Boleh tak jangan buat benda-benda bodoh macam ni lagi? Aku tak suka."
"Abang aku tak adalah seteruk yang kau fikir. Aku okey aje dengan dia. Dia ambil berat pasal aku tau. Selalu contact aku masa dekat sana. He is a great brother. Indeed."
"Because he is your brother. Great brother to you. But not a great guy to me. Kau dah lupa ke apa dia buat dekat aku dulu? Hesy, malaslah aku nak cakap."
"Okey. Tak payah cakap pasal dia lagi. Nanti lagi panjang pula muncung kau," kata Lyn bersama tawa jahat di hujung bicaranya.
Lyn capai bantal yang aku hempuk dia tadi dan dipeluk rapat. Posisi duduknya dibetulkan.
"So, how was my sandwich? Sedap tak?"
"Hmmm..."
Itu aje responsku. Dan responsku itu sudah buat Lyn jegilkan mata.
"Hmmm aje?" soalnya seolah-olah tidak puas hati.
Sengih melebar di bibirku.
"Sedap. So healthy."
"Ha, ini yang aku nak dengar. Lepas ni, setiap pagi aku akan sediakan breakfast untuk kau."
Aku terlopong. Terkejut mendengar tutur kata Lyn.
"Kau nak sediakan breakfast untuk aku? Setiap pagi?" tanyaku, meminta kepastian.
Lyn mengangguk.
"Wow! Rajinnya kau... Nak kena bangun awal lagi. Kau tak jetlag ke?"
"Tak."
Keningku berkerut. Pelik.
"Waktu sini dengan kat sana kan tak sama? Kau dah boleh adjust ke?"
Lyn pandang aku. Ada senyuman di hujung bibirnya. Senyuman yang penuh dengan misteri. Jari-jemari runcingnya menyentuh rambut yang panjang berikal, lalu diselitkan ke belakang telinga.
"Sebenarnya... Aku dah seminggu kat Malaysia," beritahu gadis itu. Cukup bersahaja.
Aku tercengang. Dan Lyn terus menambah bicara.
"Tapi aku tak balik sini. Aku terus pergi Sabah."
"Sabah? Kau buat apa kat sana?"
"Attend wedding kakak Rayyan."
"Rayyan? Siapa Rayyan?"
Bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir aku. Penuh rasa ingin tahu. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang Lyn rahsiakan daripada aku. Dan sekarang gadis itu sedang mencari peluang untuk memberitahuku.
"Coursemate aku kat London..."
Jeda. Mata Lyn bergerak ke arahku. Memandangku dengan pandangan yang cukup aku mengerti. Pandangan yang menunjukkan ada sesuatu yang ingin dia umumkan, yang akan buat aku terkejut besar.
"A.K.A... My boyfriend."
What? Kan aku dah kata...
Aku terlopong. Besar. Mataku terbuntang. Aku pandang Lyn dengan penuh rasa terkejut.
"Kau dah ada boyfriend? Oh, my God! That's great. Since when? Kenapa tak bagi tahu aku?" soalku penuh dengan keterujaan.
"Relationship kita orang baru aje lagi."
Aku rapatkan dudukku di atas katil dengan Lyn. Duduk menghadap dia sambil capai satu lagi bantal untuk dipeluk.
"Spill the tea. Now!" gesaku.
Lyn tergelak halus. Wajah Lyn mula nampak berseri-seri bila fokus perbualan kami tertumpu pada kisah teman lelakinya. Bibir gadis itu perlahan-lahan menuturkan bicara, bercerita tentang detik pertemuan pertamanya bersama Rayyan. Dan dari pertemuan itu, tercipta pertemuan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Sehingga mereka kini bergelar sepasang kekasih yang sedang hangat mengenali hati budi masing-masing.
Malam itu aku disajikan dengan kisah-kisah indah Lyn. Yang membuatkan hati kecilku berasa sedikit cemburu. Kerana aku juga inginkan kisah indah seperti itu. Aku juga ingin merasainya.
Persoalannya, mampukah aku mengejar cinta sejati seperti yang aku idamkan selama ini? Mampukah aku miliki cinta sejati seperti papa dan mama? Mampukah aku bertemu lelaki yang akan temani aku menyaksikan fenomena alam aurora yang sungguh mengasyikkan di Iceland?
Argh... masih terlalu awal. Terlalu awal untuk fikirkan semua ini. Aku masih muda. Ada banyak lagi masa untuk aku kejar dan kenal erti cinta sebenar. Cuma yang aku harap, satu hari nanti aku akan bertemu dengan cinta ini.
Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz