Bab 2
KK menepuk dahinya sendiri, tak sangka begini pula jadinya.
Selalu senang saja dia mengurat mana-mana perempuan lain. Maklumlah wajah dia tidak kurang kacaknya, haha!
Tapi kali ini boleh pula minah bertudung litup itu kata dia ni macam Bangla? Cis! Tapi kenapa hati ni tetap rasa berdegup kencang? Aduh!
Tadi memang KK sengaja serahkan nota tertulis nombor telefonnya kepada kakak yang berada paling hampir dengannya supaya diserahkan kepada gadis yang duduk di meja hujung itu.
Tidak sangka pula lepas keluar saja dari bilik mesyuarat, dia terdengar perbualan gadis tersebut yang dengan jelas lagi nyata mengatakan dia macam Bangla.
KK mendengus geram.
Dia sikit punya kacak ni nak dibandingkan dengan warga asing, apa hal?
Come on! KK lelaki Melayu tulen, tak ada sebarang campuran, okey!
KK memecut keretanya laju bersama hatinya yang panas namun pada masa yang sama masih bergetar hebat saat dia teringatkan gadis kecil molek itu.
IRIKA menghela nafasnya saat teringatkan peristiwa tadi, bagaimana dia tergamam apabila melihat lelaki itu memandang dia dengan pandangan yang tidak beriak.
Irika hanya mampu menutup mulutnya yang terasa lancang meluahkan kata-kata sambil melihat lelaki itu terus berlalu keluar tanpa bersuara.
Memang dia tidak suka lelaki tersebut sesuka hati memberikan nombor telefonnya.
Namun, dia tetap salah kerana ikut sedap mulut saja mengutuk lelaki tersebut, kantoi depan-depan pula tu.
Hesy! Irika menggosok-gosok kepalanya yang terasa berserabut, rasa bersalah menyelirat dalam benaknya.
Irika memandang ke dalam tong sampah dan terlihat nota berwarna kuning tadi sebelum mengutip kertas tersebut dan menyimpannya semula di dalam beg tangannya.
Mana tahu nanti Irika dah berani nak minta maaf, bolehlah dia menghantar mesej saja kepada lelaki tersebut.
"Irika, kau okey ke?"
Suara seseorang menerpa membuatkan Irika menoleh.
Naim, lelaki berkaca mata dan sedikit lembut itu sedang memandangnya dengan kening terangkat. Irika senyum seraya menggeleng.
"Okey aje. Don't worry."
"Kak Mona beritahu ada lelaki mana entah nak mengurat kau."
"Amboi, lajunya berita sampai. Guna 4G LTE ke apa ni?"
Naim ketawa.
"Kau bukan tak tahu, sampaikan berita dari mulut ke mulut lagi pantas daripada segala Internet dalam dunia ni okey."
"Yalah tu."
"So, apa cerita?"
"Entahlah. Mamat mana entah tadi nak berkenalan, bagi nombor telefon. Tak tahu malu betul." Irika mencebik.
"Wow, beraninya! Dia tak kenal ke siapa Irika? Garang mengalahkan singa betina." Naim ketawa.
"Kau ni Naim, bab mengata serah dekat kau kan."
Naim mengangkat keningnya, saja mengusik Irika.
"True story okey. Tak ada propa."
"Dahlah, pergi main jauh-jauh. Aku nak buat kerja ni."
Irika mencebik. Naim ni bukan nak menangkan dia, lagi mengutuk adalah.
"Eh... By the way, siapa yang nak mengurat kau tu?" Naim sempat menyoal sebelum dia melangkah.
"Entahlah, siapa entah tadi dari Kay Kay Holding." Irika menjawab acuh tak acuh.
"What? Kay Kay Holding?" Mata Naim membulat.
"Yalah, kenapa?"
"Yang tadi datang jumpa Encik Johan tu?"
"Yalah. Yang itu. Kau ni dah kenapa?"
"La, mek! Itu kan CEO Kay Kay Holding. Jutawan tu, kau tak nak ke?"
Naim bercerita sedikit menjerit kerana teruja.
Irika diam seketika sebelum memandang Naim semula.
"Ah, tak naklah aku. Tak kiralah dia jutawan ke, CEO ke."
Irika mendengus, bukan itu ciri-ciri utama yang dia perlukan daripada seorang lelaki yang ingin dia serahkan hatinya itu.
"Gila kau ni. Kalau orang lain mesti dah teruja dah dengar pasal Si KK tu. Kau ni selamba derk aje. Kau jangan tak tahu, entah-entah tak lama lagi dia tu dapat pangkat Dato okey. Dato muda tu. Kau tak teringin ke nak jadi Datin muda juga?"
"Hesy, kau ni dah kenapa? Aku cakap tak nak tu, tak naklah!"
Irika melenting membuatkan Naim mencicit lari ke tempatnya.
Satu pejabat memandang ke arah Irika membuatkan Irika menundukkan wajahnya, malu kerana terkuatkan nada suaranya tadi.
"KALAU tak reti buat kerja, baik berhenti saja!" KK membentak, memarahi pekerjanya yang membuat sedikit kesilapan pada laporan hingga buatkan pekerja itu kecut perut.
"Dah! Keluar betulkan balik silap ni!"
KK menutup fail tersebut sebelum melemparkannya kepada pekerja itu.
Sharon, setiausaha KK yang baru saja masuk nyata terkejut melihat tindakan KK itu.
"Bos, what is wrong with you?" Sharon menyoal dengan matanya yang terbeliak.
"Apa? I okey aje..." KK mendengus.
"No, boss, you are not okay. Mana pernah you marah-marah staf sampai teruk macam ni. Termasuk tadi, dah tiga kali tau bos marah untuk hari ini. There must be something yang mengganggu fikiran bos, kan?"
Sharon menyoal. Dia tidak segan hendak bertanya kerana selama ini KK melayan dia dengan baik dan tidak pernah menjadikan gelaran majikan dan pekerja itu sebagai jurang di antara mereka.
"Nothing. I said nothing, Sharon. Apa lagi yang you tak faham? I serabut okey. Serabut dengan kerja-kerja ni semua."
KK menunjuk ke arah fail yang bertimbun di atas mejanya.
"No, I tak percaya itu punca dia, bos. You tak pernah merungut pasal kerja sebelum ni sebab this is your passion."
Sharon bersuara sambil mengemas meja KK yang sudah berantakan bagai dilanda angin taufan.
KK menghela nafasnya panjang.
Sukar hendak berselindung daripada Sharon yang sudah lama bekerja dengan dia dan sudah masak dengan perangai seorang KK.
"Okey, fine. I nak tanya you sesuatu. You rasa I ni tak handsome ke?"
KK menala jari telunjuknya ke arah dirinya sendiri. Sharon terkedu mendengarkan soalan KK itu.
"Jawablah... Kenapa you diam sekarang?" KK membentak.
"Bos, Handsome bos ada tahap dia." Sharon tersenyum simpul.
"Oh, maknanya I ni tak handsomelah, kan?" KK tidak puas hati dengan jawapan tersebut.
Nak bagi jawapan biarlah terang, jangan banyak melencong.
"Handsome. Lagipun kan handsome tu lahir dari dalam juga, bukan luaran semata-mata. Bagi I, bos memang dah cukup handsome. Kenapa bos tanya soalan pelik macam ni? Ada orang cakap sesuatu kat bos ke?"
KK diam. Dia bersandar pada kerusinya sambil menala pandangannya ke atas.
"Tak adalah. Ada yang lebih teruk daripada tu." KK menggumam.
"Maksudnya?"
"You tau, perempuan tu boleh kata muka I ni macam Bangla! Muka I ni you tahu! Nonsense!"
KK akhirnya melampiaskan ketidakpuasan hatinya setelah lama berjeda.
Sharon yang ternanti jawapan daripada bosnya itu tiba-tiba pecah tawanya.
"Aiyo, melampaulah perempuan tu. Siapa dia tu, bos? Teman wanita baru bos, eh?"
"Mana ada. Entahlah, perempuan mana entah. Perasan lawa." Mulut KK mencebik.
"Kalau you tak kenal dia, kenapa dia sentap macam tu? Tak elok, okey. Abaikan sajalah dia, bos. Tak pun you ambil kata-kata dia dari sudut positif. Bangla tu adik-beradik Hindustan tau bos. Lelaki Hindustan semua handsome-handsome okey. So, you pun handsomelah. Jangan risau!"
Sharon cuba memujuk hati bosnya itu. KK sedikit tersenyum walaupun panas hatinya belum betul-betul sejuk.
Okey fine! Kau panggil aku Bangla kan? Aku akan buat kau gilakan aku nanti, Irika!
Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz