BAB 15
Maryam berjalan perlahan keluar dari lapangan terbang. Tanpa sedar, ada seorang lelaki berlari ke arahnya dengan tergesa-gesa dan pantas bahu mereka bergeseran. Pasport terjatuh. Mata Maryam terpandang tepat pada tiket yang turut sama jatuh. AK 349.
Lelaki itu sempat menoleh. Mata mereka bertembung.
"Aryan." Terpacul keluar nama itu dari bibir Maryam.
Lelaki itu agak terkesima sebentar sebelum terus berlari dengan beg galasnya.
"Aryan..." Maryam seakan masih dalam mimpi. Lamunannya dihentikan sendiri dan dia cuba mengejar lelaki itu. Kali ini dia pasti itu Aryan! Dia bukan nampak melalui sisi atau bayangan lagi! Ini dah betul-betul depan dia!
"Aryan!" jerit Maryam. Tetapi lelaki itu langsung tidak mempedulikannya.
Lariannya terhenti apabila dia mula rasa pedih kembali pada lutut kanan. Telefon segera dikeluarkan. Nama Aryan dicari sebelum telefon melekap pada telinga kiri.
"Nombor yang anda dail..."
Talian dimatikan.
Dia dail sekali lagi.
"Nombor yang anda dail..."
Erh! Dada Maryam berombak kencang. Dia tak faham. Dia yakin dia tak salah orang.
HAFEZ bersandar di kerusi kapal terbang dengan senyuman di bibir. Telefon dikeluarkan dan dia mula memasang password dalam galeri. Sempat dia melihat kesemua gambar-gambar yang diambilnya.
"Encik, kita akan berlepas dalam beberapa minit, boleh switch off telefon?" beritahu pramugara itu.
Hafez jongket kening sebelah. Dengan mengeluh dia menukar mod kepada Silent. Telefon disimpan kembali ke dalam poket sweater hitam. Hood sweater ditarik ke kepala. Tangan memeluk tubuh. Matanya ditutup.
Kecohlah mamat ni, getus hati pramugara itu.
Tiba-tiba kelibat seorang lelaki yang baru masuk ke dalam perut kapal terbang kedengaran termengah-mengah nafasnya.
Hafez kembali buka mata.
Lelaki itu mengambil tempat di sisi Hafez sebelum meletakkan beg galasnya di atas.
"Sorry," kata lelaki itu. Risau jika dia mengganggu tidur Hafez.
"It's okay. Hafez." Hafez hulur tangan.
"Aryan," jawab Aryan.
MARYAM pantas berlari naik ke bilik hotelnya. Dia yakin lelaki tadi Aryan. Dan lelaki itu baru sahaja menaiki pesawat yang sama dengan Hafez. Bagasinya dikemas. Pantas tangannya mencapai telefon di dalam beg tangan.
"Hello?" Selepas beberapa deringan, baru telefon bersahut.
"Hello, baby." Meen kedengaran riang.
"Aku nak minta tolong kau," kata Maryam.
"Hei, hei. Apa hal ni?" Meen terkejut bila dengar suara Maryam yang mengah.
"Aku nak minta tolong kau pergi airport dalam 2 jam setengah lagi akan ada flight dari Jogja sampai. AK 349. I'm not sure kalau memang akan sampai dalam 2 jam setengah lagi, but please help me. AK 349. And please... Please... Please... Kalau kau nampak Aryan... Please..." Maryam renyuk baju yang sedang dia pegang. Air mata menitis. Belum sempat nak masuk dalam beg, baju dah kena renyuk.
"Hei... Apa jadi?" Meen runsing.
"Meen, kau kata kalau aku yakin orang yang aku nampak tu, Yan... Aku tak boleh lepaskan peluang untuk jumpa dia, kan? Now please help me," rayu Maryam.
Meen mengeluh. Orang dah tak ada, kenapa kau still nak hidup dalam benda yang dah lepas, Yam?
"Hah, yalah-yalah," balas Meen separuh rela.
"Thank you, Meen. Thank you so much." Maryam matikan talian dan kembali menyimpan barang-barangannya. Tiket on the spot la, apa lagi!
GELAK tawa mereka berdua tidak dihiraukan orang lain yang masing-masing memakai headphone di telinga.
"So, kau sekarang photographer la?" tanya Hafez.
"Yep. Sebelum ni aku kerja audit firm, tapi kureng asyuk. Minat aku pula banyak kat photography, so better aku pursue ke bidang ni," balas Aryan.
"Nice." Hafez senyum dan bersandar di kerusinya semula.
"Kau?" Giliran Aryan bertanya.
"Jarang orang tanya aku pasal pekerjaan aku. Haha." Hafez ketawa sebelum menyambung ayatnya.
"Art. Carving, painting, and much more," sengih Hafez.
"Wow. So, kau ada galeri?" Pertanyaan Aryan membuatkan Hafez terdiam sebentar. Berbelas tahun aku hidup dalam badan Mikael, tapi tak pernah buat benda yang betul-betul besar untuk diri aku sendiri. Aku cuma mengharapkan duit Mikael aje.
"Dia banyak habiskan duit untuk awak, habiskan masa untuk awak. Tanggung semua salah yang awak tinggalkan untuk dia. Tambah dosa dia."
Kata-kata Maryam sebentar tadi di dalam lif kembali segar dalam ingatan.
"Weh!" Aryan goncang tubuh Hafez sedikit bila kelihatan lelaki itu termenung.
"Soon. Aku akan buka galeri," beritahu Hafez.
"Oh... Jangan lupa ajak aku. Aku boleh jadi photographer kau."
"Cun!"
Hafez membuang pandang ke luar tingkap. Sekali dalam hidupnya, baru dia terfikir akan apa yang dia inginkan dalam hidup ini. Meskipun dia seakan-akan parasit yang mencelah di tubuh orang lain, tapi dia juga punyai kehendak. Penatlah kalau nak lindungi orang lain aje.
MEEN sudah menunggu di balai ketibaan. Matanya dibuka luas supaya dia tidak terlepas pandang walaupun seorang susuk tubuh. Biar dia scan dari atas sampai bawah dan yakinkan dirinya sendiri yang Aryan sudah tiada.
Beberapa minit selepas itu, sekumpulan manusia keluar dari pintu balai ketibaan. Meen menjadi gelabah untuk memandang setiap satunya.
"Okey, Fez. Kita jumpa lagi. Kau ada nombor aku, boleh roger aku bila-bila. Aku nak pergi toilet kejap," beritahu Aryan. Tangan mereka berjabat mesra.
"Cool. See you, bro!" Hafez membetulkan beg sandangnya dan meneruskan langkah keluar dari balai ketibaan.
Sedang Meen masih tercari-cari, mata Hafez terlebih dahulu mengesan susuk tubuh wanita itu.
"Eh, perempuan cantik!" katanya perlahan. Sengihnya nakal.
"Hai, Meen!" Hafez terus meluru ke arah Meen yang masih tercari-cari kelibat Aryan.
"Eh? Mikael!" Meen tergumam. Handsome siot rasa macam nak melting.
"Buat apa kat sini?" tanya Hafez.
"Tunggu orang."
"Orang? Siapa? Maryam?" teka Hafez.
"Er... Tak. Orang lain."
"Well, baru ingat nak ajak lepak. Tak apalah. See you when I see you." Hafez menuju ke arah lain.
Meen telan air liur. Dia pandang sekali lagi ke arah balai ketibaan. Kosong.
"Mikael!" Meen terus mengejar tubuh Hafez.
"Kawan I tak naik flight ni kut. You kata tadi nak ajak lepak?" Meen tukar rancangan.
Hafez sengih sebelah.
"Jomlah." Dalam kepalanya dah rancang macam-macam untuk Maryam!
Aryan keluar dari balai ketibaan. Kosong. Semua orang dah tak ada. Dia berjalan perlahan menuju ke ruang teksi. Hatinya sedikit tergores bila tiada siapa yang menjemputnya, sedangkan dia sudah memberitahu isterinya. Yep, bro. Isteri.
MEEN sedut Tealive. Mereka berdua tidak bersuara. Okey, ni sumpah awkward! Kenapalah aku setuju nak lepak dengan dia ni?
Hafez sibuk membelek telefon. Gambar-gambar Maryam membawa senyuman kepada bibirnya.
"You dari Jogja?" tanya Meen memecah sunyi yang kian lama membuatkan dia makin canggung.
"Yep," jawab Hafez sepatah. Matanya masih tak lekang dari telefon bimbit.
"You tahu ke Yam kat Jogja juga?"
"Yep." Dan sepatah juga dijawabnya.
"So, you dah jumpa Yam kat sana?"
"Yep."
Hafez hulur telefon menunjuk gambar yang diambilnya ketika di titi Wisata Alam. Meen capai telefon bimbit itu. Gambar Maryam diperhatikan. Okey, Yam aku jealous!
Tapi matanya lebih pantas menangkap susuk tubuh lain. Dia angkat wajah memandang Hafez dengan perasaan berbaur. Zoom. Zoom. Zoom.
"Mikael, I kena pergi." Meen terus bangun dari kerusi dan berlari laju. Tempat tujuannya kini hanya satu. Balai ketibaan.
Hafez pelik. Dia capai telefonnya semula. Gambar yang sudah difokus dipandang. Eh, Aryan...
Meen ketar tangan menunggu di balai ketibaan. Kosong. Meen pejam mata. Dia tak silap tengok, kan? Tu Aryan, kan? Serius tu Aryan!
SUDAH malam. Maryam tiba di lapangan terbang. Menggigil kakinya masih belum hilang. Mata dan pandangan itu... Dia kenal sangat! Tapi Aryan yang dia kenal dikatakan sudah meninggal tujuh tahun lepas. Jadi, siapa lelaki yang dia jumpa tengah hari tadi?
"Yam!" jerit Meen. Ini sudah kali kedua Meen berada di lapangan terbang untuk hari yang sama.
"Meen!" Maryam berlari menarik bagasinya mendekati Meen.
"How?" Soalan pertama yang muncul dari mulut Maryam.
Wajah Meen kelat.
"Sorry babe. Aku tak nampak kelibat dia. Tapi..." Meen tarik tangan Maryam hingga ke kereta.
Perjalanan mereka sepi. Meen tahu Maryam masih berfikir.
"Yam, aku tahu kau memang tak boleh nak move on lagi. Dan aku ingat apa yang selama ni kau nampak itu semua hanya ilusi kau since kau masih tak boleh nak get rid of Aryan. Tapi hari ni Yam, aku sendiri start waswas dengan kematian Yan," luah Meen.
Maryam masih membisu.
"Yam, seeloknya kau jumpa Mikael. Minta gambar yang aku cerita tu," tambah Meen.
Itu satu hal lagi. Bukan senang nak ambil gambar daripada 'Mikael'.
"Kau okey tak?" Meen toleh sebentar pada Maryam yang masih tiada reaksi.
"Kenapa mak dia mesej aku dulu kata yang Yan dah tak ada?" Terpacul soalan itu dari mulut Maryam.
"I don't know, babe. Something wrong," jawab Meen.
Maryam menimbang-nimbang apa yang sedang berlaku. Dia cuba ketepikan emosi dan berfikir secara rasional.
"Kau simpan lagi ke mesej tu?" tanya Meen.
"Tak pernah delete. Tapi phone tu dah lama and the power button dah rosak. So, aku charge seribu kali pun, kalau power button tak boleh function, tak guna juga. Takkan menyala pun." Maryam mengeluh mengingatkan telefon Nokia 3310 Classic.
"Try la repair," cadang Meen. Maryam pandang ke arah Meen.
"I know you want this, right?" Meen senyum nipis.
"Alright. Since aku still lagi cuti, boleh la aku pergi repair."
"Kau jangan fikirkan sangat. Balik dan rehat secukupnya. Kau nak aku teman kau? In case?"
Teringat zaman belajar diploma dulu yang mana mereka pergi ke kolej yang sama. Tengah-tengah malam tu kalau Maryam ada mimpi buruk, Meen la orang pertama yang dia cari. Sebab Meen aje yang boleh bangun on the spot kalau dikejut.
"Tak apa," jawab Maryam.
Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz