ZingTruyen.Xyz

DATE ME

BAB 12

karyaseni2u

Tengah hari itu, Ed menghabiskan masa di ofis Yusri yang terletak di bahagian belakang kafe. Berbincang tentang projek Mr. Red's Collections. Ofis Yusri tidaklah besar mana tetapi tidak juga kecil. Di situlah tempat Yusri menguruskan segala-galanya. Menguruskan novel-novel Red dan juga kafe.

"Macam mana? Okey tak?"

Ed yang masih membelek sampel produk yang ditunjukkan Yusri mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Kualiti okey... Tapi kenapa warna ni? Warna hitam dengan merah ada tak?"

"Ada. Yang ini sampel aje. Yang sampel tak ada warna merah dengan hitam. Kalau kau nak tengok warna tu, kau kena pergi kedai dia orang. Aku dah tengok. Memang cantik. Warna hitam nampak elegan. Warna merah dia pula tak terlalu terang, tak terlalu gelap. Just nice. Kejap. Aku tunjuk gambar yang aku ambil."

Terus Yusri capai telefon pintarnya dan membuka galeri telefon. Beberapa keping gambar yang ditunjukkan kepada Ed.

"Okey... Tapi nanti aku akan pergi sana. Nak tengok dengan mata aku sendiri."

"Aku pun rasa lebih baik kau pergi sana. Puaskan hati kau. Aku takut bila aku dah deal dengan dia orang, kau tiba-tiba buat hal."

Ed tersenyum senget.

"Kau dah tengok logo yang aku e-mel kau?"

"Dah. Ada lima design, kan?"

"Yup."

"Aku dah pilih tiga yang terbaik. Aku rasa aku nak letak design tu dekat website dan suruh reader kau pilih."

"Okey. Tak ada masalah. Tapi aku nak kau rahsiakan pasal projek MRC kita. Jangan mention apa-apa. Just cakap kita nak create official logo."

Yusri menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Aku nak buat projek MRC ni, projek yang special. Not a simple project," tutur Ed.

Mata Yusri mengecil. Memandang Ed.

"Special yang macam mana tu? Bukan kau cakap nak launch MRC masa launch novel terbaru kau ke?"

"Ya, betul."

Ed membetulkan duduk. Pen dan kertas dicapai. Bersedia untuk mencatat apa yang berada dalam mindanya dan menjelaskan kepada Yusri.

"Kita ada lima produk. Notebook. Keychain. Pouch. Passport holder. Card holder," ucap Ed satu per satu sambil mencatat apa yang diucapkan olehnya di atas kertas.

"Aku nak buat novel bersiri. Memandangkan kita ada lima produk, aku akan buat lima siri. Setiap siri, aku akan selitkan produk kita. Secara teknikalnya, produk-produk kita ni umpama main character dalam novel bersiri aku. Kelima-lima siri ni kita akan terbit setiap bulan together with our collections."

"Interesting. Kau nak pilih produk yang mana dulu?"

"Pouch. Sebab aku dah ada idea untuk pouch. Notebook tu aku nak last sekali."

"Start with pouch, end with notebook," rumus Yusri.

Ed mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Cuma ada satu masalah..."

"Apa dia?" soal Yusri.

"Masa. Kita tak cukup masa."

"Apa maksud kau? Kau nak launch dalam masa terdekat ke?"

Senyuman penuh makna tertampal di wajah Ed. Dia mendekatkan wajahnya dengan Yusri.

"Kita mula jual novel aku pada 21 September lima tahun yang lalu. Bermakna, 21 September ni anniversary Red yang kelima. So... I want to make it special. Anniversary yang kelima, lima produk dan lima novel bersiri. Semuanya berkaitan dengan nombor lima."

"Wow!" ucap Yusri penuh kagum. Lelaki itu menepuk tangannya beberapa kali.

"Bravo! Aku plan projek MRC tu untuk suka-suka aje tapi kau tiba-tiba nak jadikan MRC special untuk anniversary kau."

Tawa kecil terlepas dari bibir Ed.

"Bukan setakat itu aje. Kalau kita launch pada 21 September, projek kita akan tamat pada 21 Januari. Betul tak?"

Apabila Yusri terkial-kial membuat kira-kira, Ed terus menyambung bicara. Setiap tarikh penting yang dia sebut, dia catat di atas kertas dan ditunjukkan kepada Yusri.

"Lima siri novel aku akan diterbitkan pada 21 September. Lepas tu 21 October, 21 November, 21 Disember dan berakhir pada 21 Januari. Kalau kau masih ingat, kita terbitkan novel Red dalam bahasa Inggeris pada 21 Januari. Sebab itulah aku nak jadikan projek ni projek yang special. Special untuk Red."

Pandangan Yusri terhala ke arah Ed. Jelas lelaki itu suka dengan idea Ed. Idea yang pada mulanya kecil bertukar besar dan bermakna buat mereka.

"What should I call you? A genius?"

"I think so," balas Ed bersama senyuman nakal.

Terhambur tawa masing-masing. Tidak dapat dinafikan idea Ed memang menarik. Yusri kelihatan teruja dengan idea kawan baiknya itu.

"Tapi kau rasa sempat tak kita nak uruskan semua ni? Pasal manuskrip, aku boleh settle secepat mungkin... Within time frame. Cuma aku risau produk kita," kata Ed.

Yusri mengoyak senyum.

"Jangan risau. Aku akan discuss dengan supplier."

Deringan telefon mematikan niat Ed untuk melontarkan soalan seterusnya kepada Yusri. Lelaki itu terus mencapai telefon pintarnya. Pandangan mata lelaki itu tertancap lama pada nama yang tertera di skrin telefon.

"Boleh saya jumpa awak?" tanya si pemanggil di hujung talian sebaik sahaja Ed menjawab panggilannya.

"Bila?"

"Lepas saya habis kerja. Kat tempat biasa."

"Okey."

Ed mematikan talian dan kembali memberikan tumpuan pada perbincangannya dengan Yusri. Mereka sama-sama merangka majlis untuk menyambut ulang tahun Red yang kelima tidak lama lagi. Masa semakin suntuk. Mereka kena hargai sisa masa yang ada.

"Tak nak makan ke?" soal Ed apabila wanita di hadapannya hanya memesan segelas jus mangga.

"Saya tak rasa nak makan. Saya rasa nak bercakap dengan awak."

Ed senyum segaris.

"Awak? Tak nak makan?"

Kepala Ed digelengkan perlahan.

"Tak lapar lagi. Ada apa nak jumpa I?"

"Awak rasa?"

Ed menghela nafas perlahan.

"Pasal I dengan Kasya?" tebak Ed. Wajahnya cukup bersahaja.

Bersama senyuman nipis di wajah, Elly menganggukkan kepalanya. Mengeyakan tekaan Ed. Duduknya dibetulkan. Kaki disilang.

"Awak serius ke dengan dia?" soal Elly ingin tahu.

Ed menganggukkan wajahnya.

"Saya ingat awak tak ada perasaan pada perempuan."

"You ingat I gay?"

Ed berseloroh. Nada suaranya jelas menunjukkan dia hanya bergurau.

Elly tertawa perlahan.

"Tak. Bukan itu maksud saya. I thought you are not interested in love," jelas Elly.

Ed diam sahaja. Tidak memberikan sebarang respons.

"Sebab dia ke awak reject saya?"

"Kita orang baru aje kenal."

"Oh... Bertuahnya dia. Tak sangka pula perempuan yang awak suka tu adik ipar saya. Hmmm, tiba-tiba saya rasa jealous dengan dia," tutur Elly cukup bersahaja.

Jus mangga yang baru dihantar pelayan terus disedut Elly. Membasahkan tekak yang terasa kering.

"Kak Elly tak perlu nak jealous dengan Kaysa sebab Kak Elly dah ada along."

Tiba-tiba kerusi kosong di sebelah Ed diduduki seseorang. Kaysa Adara. Gadis itu melemparkan senyuman kepada Ed dan Elly.

"And yes... Kaysa memang bertuah pun."

Elly terpempan. Rahangnya terjatuh sedikit. Terkejut melihat Kaysa Adara di situ. Pandangan mata dihalakan ke arah Ed.

"Awak ajak Kaysa ke?"

Ed menggelengkan kepala. Dia turut terkejut melihat Kaysa Adara yang entah dari mana muncul.

"Taklah. Ed tak beritahu pun dia nak jumpa akak. Kebetulan Kaysa ada training area ni dan ternampak akak dengan Ed," ucap Kaysa Adara cukup bersahaja.

Kaysa Adara menoleh ke arah Ed.

"You belum minum kan air ni?" soal gadis itu merujuk kepada Iced Mocha di hadapan Ed.

Apabila Ed menggelengkan kepalanya, Kaysa Adara terus mendekatkan minuman itu dengan bibirnya.

"I dahaga. You oder air lainlah," arah Kaysa Adara. Masih bersikap selamba.

Elly membersihkan tekak.

"Kaysa tahu pasal akak dengan Ed?"

Nada suara Elly menunjukkan gadis itu sedang memberi ayat tanya. Bukan ayat penyata.

"Tahu. Tapi Kaysa tak kesah sebab sekarang akak dah ada along. Takkanlah akak still ada hati pada boyfriend Kaysa. Betul tak?"

Wajah Elly berubah sedikit. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya.

"Tapi along tak tahu pun pasal Ed dengan akak. Kaysa malas nak beritahu dia. Kalau akak nak beritahu dia, suka hati akaklah."

Elly tersenyum segaris.

"Hmmm, akak minta diri dululah."

"Eh, dah nak pergi dah?"

"Dah tak ada apa yang akak nak cakap lagi."

Usai menghabiskan bicara, Elly terus melangkah pergi bersama senyuman nipis tertampal di wajah. Tiada riak sedih di wajah wanita itu. Barangkali sudah menerima hakikat Ed bukan jodohnya atau mungkin juga dia sedang menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Sebaik sahaja Elly meninggalkan mereka, Kaysa Adara terus angkat punggung dan beralih ke tempat duduk Elly. Ingin duduk menghadap Ed. Jus mangga Elly yang seolah-olah tidak berusik dijauhkan daripadanya.

"Ha... Baru puas sikit dapat tengok muka you."

Ed masih mendiamkan diri. Memerhati Kaysa Adara tanpa sebarang bicara.

"I lapar. Kat sini apa yang sedap?"

"You buat apa kat sini?"

"La... Tadi kan I dah cakap. I ada training. Tu... Dekat bangunan sana. I park kereta I kat hujung tu. So, bila I nak pergi ke kereta I, I nampak boyfriend I dengan kakak ipar I. You tak beritahu pun yang you nak jumpa dia."

"Perlu ke I beritahu you?"

"Oh, tak perlu ke?"

Kaysa Adara membalas dengan soalan bersama riak terkejut yang dibuat-buat.

Mata Ed yang memerhati Kaysa Adara semakin mengecil. Lelaki itu melepaskan tawa kecil.

"Patutlah you nampak pelik. Jealous rupanya."

"Jealous? Serius tak. Cuma I pelik. Kenapa you still jumpa dia? Dia dah jadi isteri orang. Boleh tak kalau you tak ganggu bini abang I?"

"Sekarang I confuse. I tak sure yang you tengah jealous atau being protective."

"Jealous? No. Protective? Yes. She's my brother wife. I tak suka kalau lelaki lain kacau wife abang I."

Ed menyeringai.

"Untung abang you dapat adik yang protective macam you ni, kan? Tapi kenapa I rasa you sebenarnya jealous?"

Kaysa Adara tampak bengang.

"Berapa kali I nak cakap dekat you yang I tak jealous?"

Ed menghela nafas perlahan.

"Okeylah... I pilih untuk percaya pada you. You tak jealous tapi you cuba protect abang you daripada I."

"Memang itu pun kenyataannya."

"So... Sebagai adik ipar Elly, you tak suka I keluar dengan dia?"

Kaysa Adara menganggukkan kepalanya.

"Susahlah macam ni..."

"Apa yang susah?"

"I ada hati pada you tapi you ingat I ada hati pada dia. Lebih complicated bila dia tu kakak ipar you."

"You ada hati pada I?" soal Kaysa Adara. Terkejut.

Ed melemparkan senyum. Senyuman yang cukup menawan.

"I tak akan date you kalau I tak ada perasaan pada you."

Kaysa Adara terkesima. Kelu terus lidahnya untuk bersuara.

"Errr... Tiba-tiba I teringat I dah janji dengan Yara nak makan sama-sama hari ni. I pergi dulu. Bye!"

Arghhh!!! Malunya bila fikir apa yang aku buat petang tadi, jerit Kaysa Adara dalam hati.

Ya, dia mengaku memang ada rasa cemburu yang terbit masa dia nampak Ed dengan kakak iparnya berdua-duaan di restoran.

Ya, dia mengaku dia sakit hati sebab Ed tak beritahu dia pun nak jumpa Elly walaupun dia tahu tiada sebab lelaki itu perlu memberitahunya.

Ya, dia mengaku dia terbawa-bawa dengan perasaan sebagai teman wanita Ed yang cemburu bila teman lelakinya keluar dengan perempuan lain tanpa pengetahuannya.

Ya, dia tahu dia mula bersifat possessive.

Oh, sungguh dia malu. Dalam masa yang sama dia berasa resah dan gelisah dek bicara Ed yang berlegar-legar di ruang mindanya. Tidak senang duduk Kaysa Adara dibuatnya. Memikirkan bicara itu.

I tak akan date you kalau I tak ada perasaan pada you.

Maknanya, Ed ada perasaan pada akulah, kan? Dia serius ke? Bukan dia lelaki tanpa cinta ke? Macam mana boleh wujud istilah cinta dalam kamus hidup dia? Takkan sebab aku? Apa istimewanya aku?

Sedang Kaysa Adara berperang dengan hati dan perasaannya, telefon pintar gadis itu berbunyi. Melihat nama Ed yang tertera pada notifikasi WhatsApp, dada Kaysa Adara mula berdebar.

When will be our second date?

Tomorrow?

Kenapa Ed macam serius aje nak date aku? Oh, Ed... Janganlah macam ni. Nanti I fikir you betul-betul serius dengan I.

If I say yes...

Will you prepare a romantic dinner for me?

Penuh dengan debar Kaysa Adara menanti balas daripada Ed.

You tahu I tak romantik, kan?

Tapi kalau itu yang you nak, I akan cuba.

Esok. Pukul 8. I ambil you.

Oh, jangan nak mengada pakai skirt atau dress.

Kalau terkoyak, tersepit... Nanti you salahkan I.

Terlepas tawa kecil dari bibir Kaysa Adara.

You nak ambil I dengan motor besar you tu ke?

Hmmm, you tahu ke nak ambil I dekat mana?

I tak tinggal dengan famili I.

Tidak sampai seminit, Ed sudah membalas WhatsAppnya.

Ya. Dengan motor.

You tak kesah, kan?

I tak tahu you tinggal kat mana.

Please share location, dear.

Dear?

Membulat mata Kaysa Adara membaca perkataan yang terpapar di skrin telefon pintarnya. Hesy, Ed ni... Pandai betul main-mainkan perasaan dia. Janganlah macam ni. Hati aku bukannya kuat sangat, rintih Kaysa Adara dalam hati.

Macamlah I tak pernah naik motor dengan you.

Tapi jangan bawa I jauh-jauh tau. I takut.

Jangan bawa I kat tempat yang sunyi juga.

Tempat yang gelap pun, jangan.

Amboi! Banyak betul syarat Kaysa Adara untuk date kedua mereka.

Romantic dinner.

Tak jauh.

Tak sunyi.

Tak gelap.

Okey, noted my dear.

See you tomorrow.

Sweet dream.

Kaysa Adara tersenyum gembira. Kalau macam ni Ed layan dia, memang mimpi indahlah dia malam ni. Terguling-guling gadis itu di atas katil. Kaysa Adara mula menghitung saat. Tidak sabar menanti hari esok. Entah kejutan apa yang akan Ed berikan kepadanya. Oh, serius tak sabar. 

Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz