ZingTruyen.Xyz

Aurora

Bab 5

karyaseni2u

Hari ini aku pergi kelas naik Grab memandangkan Lyn akan jemput aku lepas habis kelas. Lyn nak bawa aku pergi Sunway Pyramid. Main ice skating. Satu aktiviti kegemaran aku dengan Lyn dari dulu. Ada hikmah juga aku naik Grab pagi tadi. Sebab di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebatnya.

Tamat sahaja kelas, aku terus keluar berjalan ke arah ruang legar utama. Dari jauh aku sudah nampak kereta Lyn yang tersadai kat bawah pokok. Kaki terus melangkah ke arah kereta.

"Okay... let's go," kataku sebaik sahaja meloloskan diri ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar.

"Kejap," kata Lyn. Ringkas.

Aku berpaling ke arahnya.

"Kau tunggu apa?"

"Abang aku."

"Hah? Dia pun ikut kita ke?" soalku dengan nada kurang senang.

Lyn jeling aku. Faham sungguh dengan perasaan aku yang sangatlah tak suka abang dia.

"Taklah. Dia nak pergi sports centre. Kita hantar dia, lepas tu baru kita pergi Sunway."

"Kenapa dia tak pergi sendiri? Motor dia mana?" soalku lagi. Masih tidak puas hati.

"Kan pagi tadi hujan. Since aku nak guna kereta ni untuk pergi Sunway dengan kau, kita kenalah hantar dia," balas Lyn memandangkan kereta yang dia pandu saat ini merupakan kereta mereka berdua. Yang dikongsi bersama.

"Kalau aku tahu, kita tak payah pergi Sunway hari ni," gumamku.

"Eh, eh... Macam tu pula. Kan kita dah janji dari last week. Lagipun sports centre abang aku tu bukannya jauh. Satu laluan ke Sunway juga."

"Bukan tu masalahnya. Cuma aku tak suka duduk dalam kereta yang sama dengan mamat tu."

"Why?"

"Aku tak boleh bernafas."

"Dah kenapa pula?"

"Sebab aku tak suka dialah."

Terhambur tawa Lyn mendengar aku membentak. Sebuah jelingan maut aku hadiahkan kepada dia.

"Ha, kau tengoklah. Mana dia sekarang ni? Terhegeh-hegeh. Padahal kelas dah habis lama. Mesti tersangkut dengan dayang-dayang dia."

"Don't worry. Kita ada banyak lagi masa. Tak lari pun Sunway tu..."

Aku mendengus. Mataku melilau ke sana sini. Tak lama lepas tu, barulah aku nampak bayang Eid. Dan seperti yang aku sangka, dia bersama dayang-dayangnya. Entah perempuan mana pula kali ini, tidak pula aku kenal. Bibirku terherot sinis sebelum aku melarikan tumpuan ke arah skrin telefon.

"By the way, sebelum kita ke Sunway, aku nak bawa kau ke satu kafe. Aku tengok kat IG dessert dia macam sedap-sedap aje," kata Lyn.

"Okey. Tapi kita dua aje, kan?" soalku dan saat itu Eid sudah meloloskan diri ke tempat duduk belakang.

"Ya, kita dua aje. Lepas hantar abang aku, baru kita pergi situ."

Lyn kerling Eid yang baru sahaja masuk ke dalam kereta melalui cermin pandang belakang.

"Abang ada nak singgah mana-mana tak sebelum kita pergi sports centre?"

Eid geleng.

"Okay, let's go!"

Lyn mula memandu keretanya, keluar dari kawasan kampus. Sepanjang perjalanan, aku diam sahaja. Lyn tanya sepatah, aku jawab sepatah. Eid turut diam. Lama-lama Lyn pun fed up. Dia nyanyi sorang-sorang dalam kereta.

SELEPAS menurunkan Eid di pusat sukan, Lyn bawa aku ke Sunshine Cafe. Tak jauh dari pusat sukan. Kita orang oder dua potong kek dan seteko teh Earl Grey. Tea time sangat, kan? Aku layankan ajelah Lyn yang sibuk nak ambil gambar cantik-cantik untuk post kat Instagram dia.

"Eid buat apa kat sports centre?" soalku bersahaja sambil suap cebisan kek.

Lyn terus kalih pandangan dari skrin telefon ke arahku.

"I thought you're not interested."

Aku ketap bibir bila kena sindir dengan Lyn.

"Memang tak interested pun. Saja tanya."

"Basketball," beritahu Lyn, kembali menumpukan perhatian pada skrin telefon.

"Basketball?"

Mataku terbuntang.

"Dia still main basketball?"

Lyn angguk.

"Asal? Kau ingat dia dah tak main ke lepas kes dia kena buang team dulu?"

"Hmmm..."

Itu aje reaksi aku. Acuh tak acuh. Nampaklah yang aku ni nak tak nak aje dengar cerita pasal Eid walaupun aku yang mulakan dulu.

"Aku yang suruh dia main balik."

Lyn letak telefon di atas meja. Gadis itu menumpukan pandangan ke arahku.

"Hari ni dia lawan dengan budak team sekolah kita dulu. Tu yang dia diam aje dalam kereta tadi. Macam tak ada mood."

"Team sekolah kita? Seriuslah?"

Kali ini, barulah ada nada teruja dalam soalanku.

Lyn angguk.

"Sein ada?"

"Mungkin. Tapi kau jangan risaulah. Dia orang dah okey."

Aku cebik bibir.

"Eh, buat apa aku nak risau dia dengan Sein. Lantak dia oranglah. Nak bertumbuk ke, nak bergusti ke... Ada aku kesah?"

Lyn pandang aku dengan riak tak puas hati.

"Kau tahu kan dia orang gaduh dulu sebab aku? Sebab abang aku nak protect aku. Sampai hati kau cakap macam tu."

Aku diam. No comment. Tak nak ungkit memori pahit yang akan menyakitkan hati Lyn.

"Kenapa kau diam?"

"Okey, aku minta maaf. I'm sorry. Kau tahu bukan itu yang aku cuba maksudkan, kan? Plus, aku tak nak kau ingat insiden tu lagi."

Giliran Lyn pula yang diam. Argh, sudah! Lyn touching ke? Baru aku nak bersuara, tiba-tiba Lyn pandang aku sambil hulur telefon dia.

"Weh, handsome tak mamat sebelah abang aku ni?"

Aku terkebil-kebil. Eh, Lyn tak touching ke? Mati-mati aku ingat Lyn sedih bila aku buka kisah lama tanpa sengaja.

"Yang kau pandang aku, kenapa? Tengoklah mamat ni," gesa Lyn.

Aku lirik pandangan ke arah skrin telefon yang sedang memaparkan WhatsApp group family dia. Mataku terbuntang. Tangan aku laju menyambar telefon Lyn. Aku pandang lelaki di sebelah Eid betul-betul. Dan kali ini, rahangku jatuh.

"Dah kenapa over sangat reaction kau ni?" tanya Lyn, menyambar semula telefonnya.

Aku pandang Lyn.

"Siapa mamat tu?"

"Team member abang aku. Ariff. Handsome, kan?"

"Oh. My. God."

"Kenapa?"

"No wonderlah..."

Aku tersandar di kerusi. Dunia aku jadi kosong semula. Satu tanda tanya yang berlegar dalam fikiranku mula terjawab. Namun, aku tak mahu jawapan yang sebegini. Aku tak mahu.

Lyn pandang aku dengan penuh tanda tanya. Aku balas pandangan mata dia bersama helaan nafas berat.

"Itu... Mr. library aku."

Garpu kecil di tangan Lyn terlepas. Gadis itu terlopong.

"Ariff is your mr. library?" soal Lyn terjerit nyaring. Terkejut barangkali.

Dan aku turut terkejut dengan nada suara Lyn yang tiba-tiba kuat. Aku terus suruh Lyn slow down tone suara dia.

"Ariff tu mamat library kau?" soal Lyn lagi. Kali ini dengan nada perlahan.

Aku angguk.

"Oh my... Kau tahu tak abang aku pernah nak kenenkan aku dengan Ariff dulu?"

"Seriuslah?"

Lyn angguk bersama tawa kecil.

"Tapi dia gurau-guraulah masa tu. Aku pun tak serius sangat. Aku tak sangka dia mamat library kau weh."

Sepi. Aku tak beri sebarang respons. Mood aku tiba-tiba down. Aku kuis-kuis kek yang masih bersisa. Tanpa ada niat nak suap ke mulut.

Ariff.

Itu nama mr. library aku. Aku baru tahu. Tapi kenapa dengan cara begini?

Tiba-tiba Lyn beri cadangan gila.

"Jom tengok dia orang lawan."

Laju aku geleng.

"Jomlah. Mana tahu aku boleh cari peluang untuk kenalkan kau pada Ariff."

Aku menggeleng lagi. Tak setuju. Tapi Lyn berdegil. Tetap dia heret aku ke pusat sukan.

WAKTU aku dengan Lyn tiba di gelanggang bola keranjang, perlawanan sedang hangat berlangsung. Dari jauh aku sudah boleh nampak Eid yang sedang menjaringkan gol. Entah kenapa mata aku terlekat ke arah dia. Mungkin sebab aku suka tengok muka Eid bila dia tengah fokus pada permainannya.

Oh, sila jangan salah sangka, okey? Perasaan benci aku dekat Eid masih sama. Cuma... Entahlah. Dari dulu aku suka tengok Eid bila dia main bola keranjang. Aku suka tengok bila dia berlari tangkap bola, aku suka bila tengok dia dribbling, aku suka tengok dia shoot bola... Aku suka semuanya. Tapi itu sahaja, ya.

Ini semua berpunca daripada Lyn. Dia suka ajak aku tengok Eid main bola keranjang. Mula-mula tu aku ingat sebab Lyn nak sokong abang dia. Tapi rupanya ada udang di sebalik batu. Dia nak tengok Sein, crush Lyn dulu.

"Aur... tu Ariff," beritahu Lyn sambil tuding jari ke satu arah.

Pandangan mataku terus bergerak ke arah yang Lyn tunjuk.

Oh my...

Aku terkesima.

My crush. My mr. library.

Dia nampak lebih macho dekat gelanggang. Berbeza dengan waktu di perpustakaan. Kini, mataku tidak lagi pada Eid. Mataku hanya pada Ariff.

Oh my Ariff...

Aku tiba-tiba macam fangirling pula.

Punyalah khusyuk aku pandang Ariff sampai aku tak sedar permainan sudah pun berakhir. Dan aku tak sedar pun apa yang sedang berlaku di gelanggang. Bila Lyn berlari ke arah gelanggang, baru aku sedar apa yang sedang berlaku.

Eid dan Sein. Bertumbuk. Sekali lagi. Seolah-olah mengulang sejarah lalu.

Lyn cuba hentikan Eid yang hampir melayangkan sebuah tumbukan di pipi Sein. Dan Lyn berjaya. Eid lepaskan cengkaman pada baju Sein. Sein ditolak kasar dan Eid terus tarik Lyn, keluar dari gelanggang. Menuju ke arahku yang daripada tadi jadi pemerhati.

"Kau orang buat apa kat sini hah? Kenapa datang sini?!" jerkah Eid. Kuat.

Aku tersentak. Ternaik bahu aku bila kena jerkah macam tu. Aku rasa aku tak pernah dengar Eid marah macam ni. Aku terus menikus. Tak berani nak pandang Eid. Tapi aku sempat nampaklah luka kat hujung bibir Eid dan lebam kat pipi Eid. Kesiannya. Mesti sakit. Tapi kenapa dia orang gaduh?

"Abang kan dah larang Lyn datang sini? Kenapa degil?"

Lyn turut diam. Ikut menikus macam aku.

Eid halakan pandangan matanya ke arah aku. Aku telan liur. Takkan dia nak jadikan aku mangsa kemarahan dia?

"Ni mesti sebab kau. Kau yang ajak Lyn datang sini, kan?"

Eh! Ini dah lebih. Tiba-tiba nak tuduh aku. Dari menikus, aku terus jadi berani. Aku balas pandangan tajam dia tanpa sedikit pun rasa gentar. Aku pantang betul kalau ada orang main tuduh-tuduh aku.

"Apa pula aku? Kau jangan nak sebarang tuduh."

Eid mara menghampiri aku. Dan kami sama-sama berdiri dalam jarak yang begitu dekat.

"Kau ingat aku tak tahu ke kau suka kawan aku?"

Rahangku jatuh. Apa? Aku tak salah dengar, kan? Aku pandang Lyn. Terasa dianiaya. Lyn bagi tahu Eid? Bukan ke aku dah bagi warning kat Lyn?

Lyn balas pandangan aku bersama gelengan kepala. Menafikan apa yang berada dalam fikiran aku.

"Aku tahu Aur. Bukan dari Lyn. Tapi dari kau sendiri. Aku tahu kenapa kau selalu pergi main library. Aku tahu."

Oh, tidak! Masa ni aku rasa aku nak ghaib dari sini. Kenapa aku perlu berada di sini? Kenapa Lyn heret aku ke sini?

"Kalau kau tak bawa Lyn datang sini, aku tak perlu bertumbuk dengan mamat tu. Kau tahu tak apa dia cakap pasal adik aku?"

"Abang, sudahlah tu. Adik minta maaf. Adik yang paksa Aur datang sini. Aur tak nak pun. Abang tak payahlah marah dia."

Eid kalih pandang ke arah Lyn.

"Kenapa Lyn degil? Kenapa tak dengar cakap abang? Kenapa demi Aur, Lyn sanggup biar orang ejek Lyn?"

"Abang... Kalau dia nak ejek adik, biarlah. Adik dah tak kesah semua tu. Dia saja nak sakitkan hati abang. Nak buat abang marah, nak provoke abang."

Eid melepaskan dengusan kasar sebelum mengorak langkah pergi.

Aku dengan Lyn kini berdua. Suasana terasa sedikit janggal antara kami.

Lyn dan Sein.

Apa yang telah berlaku antara mereka sehingga mendatangkan kemarahan Eid?

Lyn pernah meminati Sein masa sekolah dulu. In fact, Lyn pernah hantar surat cinta pada Sein. Tapi Sein sebarkan surat tu satu sekolah dan ejek Lyn perempuan tak sedar diri, badak sumbu dan macam-macam lagi yang tidak sedap didengari.

Jadi, sebagai seorang abang, sudah tentulah Eid tak boleh biarkan aje adik dia kena buli. Masa pasukan bola keranjang sekolah kami tengah berlawan dengan sekolah lain, Eid dan Sein bergaduh sampai bertumbuk. Dan sebab Eid yang mulakan pergaduhan itu, Eid telah dibuang dari pasukan sekolah.

"Kau okey?" soalku perlahan bila Lyn lama mendiamkan diri.

Aku tengok Lyn kesat air mata. Terus aku paut bahu Lyn dan mengusapnya perlahan.

"Sudahlah. Jom balik. Nanti abang kau okeylah."

Jauh di sudut kecil hati aku, ada rasa cemburu yang menyelinap. Cemburu melihat seorang abang yang begitu melindungi adiknya. Lyn sangat bertuah. Aku tak nafikan Eid seorang abang yang baik. Dari dulu Eid memang layan Lyn dengan baik. Cuma bila dengan aku Eid jadi lain. Sebab aku dengan Eid bukan sesiapa. Aku bukan adik dia.

"Sorry, Aur. I don't know things will get complicated like this."

"It's okay. Bagi aku kunci. Biar aku drive."

Lyn akur. Kunci kereta diserahkan pada aku. Kami sama-sama masuk ke dalam kereta.

"Aku tak bagi tahu Eid pasal Ariff. Sumpah."

Mendengar bicara Lyn, kepala aku kembali berserabut memikirkan apa yang akan terjadi antara aku dan Ariff. Perlukah aku tamatkan sahaja perasaanku ini? Ariff tu kawan Eid. Dan Eid tahu aku suka Ariff. Bukankah lebih baik aku tamatkan sahaja sebelum perasaan ini semakin jauh?

Bạn đang đọc truyện trên: ZingTruyen.Xyz